Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016

Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016. Berita baik buat pekebun kecil getah/ penoreh getah di seluruh Malaysia yang bakal menerima RM500 di bawah bantuan khas kejatuhan harga getah pada Jun 2016. Menurut Bernama, seramai 388,111 orang akan menerima Bantuan Khas RM500 RISDA secara "one-off" bermula 10 Jun 2016 meliputi pemilik/ pengusaha dan penoreh getah yang tidak mempunyai kebun getah.

Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah 2016

Pembayaran Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016

Bantuan Khas 2016 adalah merupakan bantuan ketiga selepas Bantuan yang sama diberikan pada tahun 2013 dan 2014. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM194 juta akan diperuntukkan untuk pengagihan bantuan khas tersebut yang akan dibayar secara one-off kepada pekebun kecil.

BAYARAN RM500 BANTUAN KHAS PEKEBUN KECIL GETAH JUN 2016

  • JUMLAH BANTUAN - RM500 (bayaran secara one-off)
  • TARIKH BAYARAN - Bermula 10 Jun 2016
  • JUMLAH PENERIMA : 388,111 pekebun (Pemilik/pengusaha tanah dan penoreh getah yang tidak mempunyai kebun getah)
* Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dipetik dari  Utusan Online, pekebun kecil dan penoreh getah yang ber­daftar dengan RISDA boleh mula menerima bantuan RM500 ini di pejabat RISDA dimana RISDA diminta untuk menyelesaikan pengagihan Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 kepada 388,111 pekebun kecil dan penoreh getah dalam tempoh seminggu.

Pekebun kecil dan penoreh walau bagaimanapun perlulah mengemukakan bukti kepada pi­hak RISDA terlebih dahulu sebelum boleh menuntut bantuan tersebut. 

Cara Memohon Bantuan Khas RM500 Pekebun Kecil Getah 2016

Berikut dikongsikan sedikit maklumat tentang Bantuan Khas Pekebun Kecil 2016 yang dikongsikan dari Portal RISDA serta pertanyaan di Pejabat RISDA. Pemohon dinasihatkan untuk menghubungi pejabat RISDA berdekatan atau hadir untuk mendapatkan maklumat selanjutnya terutamanya tentang penoreh getah yang tidak mempunyai kebun getah. Senarai pejabat RISDA di seluruh Malaysia, sila klik RISDA

Syarat kelayakan

  • 1. Warganegara Malaysia.
  • 2. Memiliki tanah/kebun GETAH dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah
  • 3. Pemilikan tanah yang sah
  • 4. Mempunyai Kad Autoriti Transaksi Getah untuk penoreh getah tanpa kebun getah (KAT-G)

Untuk memohon:

  • 1.Pemohon yang layak boleh mendapatkan borang dan menghantarnya di Pejabat RISDA Daerah/Negeri yang berhampiran (tiada borang online).
  • 2.Isi borang dan lampirkan salinan kad pengenalan, geran dan salinan akaun bank

Kaedah Bayaran:

Bayaran bantuan bagi pekebun kecil yang layak akan diberi melalui cek atau dikreditkan terus kepada akaun bank pekebun kecil. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi RISDA di talian 03-42564022.

Semoga pemberian bantuan khas RM500 pekebun kecil getah 2016 ini mampu meringankan beban mereka yang terlibat menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016 yang bakal disambut pada 6 Julai 2016.

{ 13 comments.. read them below or add one }

maat azizi maat azizi 04 Julai, 2014
Macam mana nak buat permohonan ye???
Rossa Calla Rossa Calla 09 Julai, 2014
Pergi ke pejabat RISDA yang berhampiran dan isi borang, bawa salinan IC dan geran tanah
fab fab 20 Julai, 2014
kalau tiada geran tanah?
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 September, 2014
Sya dh lma mhon..bln 6 ag..tp smpai skrg, msh xdpt..bla tel pjbt risda, dorg ckp hq yg pgang duit..tp lma sgt ni..msh ada pruntukan ke x skrg?
Tanpa Nama Tanpa Nama 01 Disember, 2014
Janji tinggal janji, mana duitnya?
Unknown Unknown 12 Jun, 2016
pekebun kecil sawit layak mohon tak?
Rossa Calla Rossa Calla 12 Jun, 2016
Hanya pekebun getah sahaja akibat kejatuhan harga getah
abu nam abu nam 13 Jun, 2016
Ni pmohonan utk 2016 ke? Sy tgk portal risda xde pape brita pn.. Cuma utk thn 2014 je?
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Jun, 2016
Apa itu no.sic? And agregat hekta tanah mna nk dpat ye? Xjmpak lah
Unknown Unknown 16 Jun, 2016
Sye x berpuas hati krana ramai penoreh gtah xdpt bantuan kjatuhan harga getah sbb x memiliki kad hijau,kte noreh kbun getah org bkn kekal jdi mcm mne nk buat kad hijau..mne prginya rakyat didahulukan..mnta pihak yg berkenaan tampil bntu pkebun kcil yg susah xdpt nk mohon,gara2 nk ada kad hijau
rozaimi ahmad rozaimi ahmad 15 Julai, 2016
Bagaimana untuk melihat status permohonan bantuan tersebut...
Harith Harith 16 Julai, 2016
Saya dah mohon..tapi masih belum terima bantuan tersebut