Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah Dan Terbaik

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah Dan Terbaik

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah Dan Terbaik 

Berikut disertakan contoh surat notis berhenti kerja (resignation letter) dalam Bahasa Malaysia untuk panduan semua. Tempoh Notis perletakan jawatan samada 24 jam ataupun 1 atau 2 dan mungkin 3 bulan biasanya bergantung kepada kontrak yang tertera semasa penerimaan tawaran pekerjaan.

CONTOH SURAT 1

KFC USJ 20 DRIVE THRU,
LOT 49946, JLN P’SIARAN KEWAJIPAN,
USJ 20 47630 SUBANG JAYA SELANGOR
________________________________________________________________________

LOT 63, LORONG 3,
KG. KENANGAN BATU 13,
47100 PUCHONG SELANGOR
PERKARA: PERLETAKKAN JAWATAN
MERUJUK PERKARA DI ATAS SAYA MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR  SELAKU STAFF KFC USJ 20 INGIN MELETAKKAN JAWATAN BERMULA 1/12/12 ATAS SEBAB INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN.
SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA  MEMBERI SAYA PELUANG BEKERJA DAN MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG SAYA BEKERJA DISINI.
DISINI SAYA INGIN MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN  DAN KESULITAN YANG TIMBUL SEPANJANG BEKERJA DI RESTORAN INI  AMAT SAYA KESALI.
SEKIAN TERIMA KASIH
YANG BENAR,
_______________________________
(MUHAMAD ARIEF BIN MD. NOR)
 
kredit Zaman Muda Ku

CONTOH SURAT 2 :

*********************************************************************************

Nooramyma Ommar
Batu 7 ½, Jalan Tuaran
Kota Kinabalu,
Sabah.


Kepada : Pengurus Sumber Manusia
Big Wheel Green Tyres                                                                                     8 Mei 2014

Puan,

PER : PERLETAKAN JAWATAN
                            
Merujuk perkara di atas, saya Nooramyma Binti Ommar, A113, bertugas sebagai General Admin and Human Resources ingin memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang permohonan saya untuk meletak jawatan dengan notis satu bulan bermula pada 8 Mei 2014 hingga 8 Jun 2014.

Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta. Saya memohon maaf kerana kesulitan ini amatlah dikesali.

Oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikatkerana telah banyak memberikan tnjuk ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________
(NOORAMYMA OMMAR)
GA & HR

kredit : Mrs Mahadi Rosmin

Semoga Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah Dan Terbaik ini boleh dijadikan panduan buat anda semua dalam mengarang surat kiriman rasmi.



{ 25 comments.. read them below or add one }

Admin Admin 16 Jun, 2014
Simpel dan mudah. Perkongsian pintar..;)
Dhuha Ikhwan Dhuha Ikhwan 22 September, 2014
tq ...mudah! dah siap pun surat saya :)
zulfizan forex zulfizan forex 27 November, 2014
memang terbaik...notis berhenti kerja saya siap senang...thx admin
nasrul amir nasrul amir 11 Disember, 2014
tq admin,simple sgt.mmg terbaik...siap pun hasil karangan saya
Tanpa Nama Tanpa Nama 12 Disember, 2014
Saya ada masalah di tempat kerja saya,hari2 kena marah oleh majikan saya.Terima kasih kerana blog ini memberi tunjuk ajar pada saya.
N.M.E N.M.E 16 Disember, 2014
Terima kasih admin. 😊
Eyra Onnly Eyra Onnly 20 Disember, 2014
Wahhh.. Mudah!!! Tq admin...
Tanpa Nama Tanpa Nama 24 Disember, 2014
Alhamdulillah dpt siapkan juga. Hehe trimas admin btw saya kerja dkt manhattan fish market dan tersangat lah penat kerja dkt situ saya asyik buat closing tapi tak dpt bawa balik apa2 pun based on abg saya kerja dkt pizza hut dgn saya baca blog diorang dpt bawa balik lebihan kek pastry & sup. Sedihnya hidup dkt manhattan tu haha. kedekuttt
Tanpa Nama Tanpa Nama 30 Disember, 2014
Sy lg mudah :

Sy nk benti kje sbb dh malas nk kje..
Sor yekk kalu menyusahkan semua..
Tq lah ats ajaran yg diberikan..
syg awk semu ketat2...


kah3...
Tanpa Nama Tanpa Nama 20 Januari, 2015
AKU NAK HENTEI KEJE SKANG JUGAK! camne nak tulis surat kalau nak henti skang jugak, ada tips?
Dhonie Blog Dhonie Blog 01 Februari, 2015
thanks min
sangat bermanfaat
noorafizah sajuli noorafizah sajuli 09 Februari, 2015
ad x sesiapa tau mcm mna proses nak berhenti kerja untuk askar melayu ??/
Vorians Borie Vorians Borie 28 Februari, 2015
Surat satu atas tu kita tulis jutaan terima kasih. Bila boss baca, boss kata cuba ucap jutaan terima kasih macam dalam surat ni. Kita pun...terima kasih, terima kasih, terima kasih,terima kasih, terima kasih, terima kasih,terima kasih, terima kasih, terima kasih,terima kasih, terima kasih, terima kasih, sampai la sejuta kali...hehehehe.
suhaimi aras suhaimi aras 23 Mac, 2015
TERBAIK.. TQ ADMIN.. perkongsian yg menarik
iera dhira iera dhira 16 April, 2015
admin , macam mane nak tulis surat berhenti sebab alahan ?
Lockman Hakiem Lockman Hakiem 09 Mei, 2015
terima kasih kepada admin. Banyak membntu
Ina Rahim Ina Rahim 23 Ogos, 2015
Thanks admin.,sgt m'bantu..
Yuuki Fayrul Yuuki Fayrul 15 September, 2015
Tq admin banyak manaaa
manfat
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 November, 2015
Alhamdulillah//terimakasih atas perkongsian.
memberi kemudahan untuk saya yang dalam kebuntuan mengarang ayat terbaik yang simple dan mudah difahami, sampai dihati penerima..
Larson Rick Larson Rick 07 Disember, 2015
Telima kasi kelana sudi ini admin tunjuk ajal pasal ini sulat belhenti keleja..sy sulah abis idea mcm mn buat ini notis kelja punya sulat..
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Disember, 2015
tenkuyu kio
muhamad izeham muhamad izeham 19 Disember, 2015


(hasnul bin hitam)
===============

lot 1529,
kampung telok pelandok bt,12 jalan pantai,
port dickson,
71050, negeri sembilan.



pegawai operaSI ( from date today :20-12=2015 )
ARROW SHIELD SECURITY
SEREMBAN N,SEMBILAN
==================== ( tarikh perletakan jawatan )
01 january 2016
========================================================================================
tuan,

per: perletakan jawatan


dengan ini merujuk perkara di atas, saya hasnul bin hitam bertugas sebagai pengawal
keselamatan security di aimm emegresen dalam syarikat ini ingin memaklumkan kepada
pihak tuan pengurusan tentang permohonan saya untuk meletakkan jawatan pada tarikh
seperti berikut bermula 01 january 2016 dengan notis dari tarikh yg di nyatakan.



01 sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakkan jawatan ini ialah
disebebkan masalah dan kesulitan yg tidak dapat dielakkan seterusnya mendesak
untuk saya berhenti bekerja dengan serta merta.oleh itu saya memohon maaf di atas
segala kesalahan dan kesulitan yang timbul semasa bekerja di sini & amatlah dikesali.
02 saya juga berterima kasih pada anggota ketua pengawal keselamatan security
di emegresen aimm rethinavelu kerana telah mengambil & membenarkan saya bekerja
dengan syarikat ini,serta memberi tunjuk ajar sepanjang saya berada & bekerja di sini.
03 oleh yang demikian, saya amat menghargai kerjasama dari pihak pengurusan. juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah memberikan tunjuk
ajar dan kepercayaan kepada saya selama melaksanakan tugas.




= sekian, terima kasih. =

yang benar


=================

( hasnul bin hitam )


arrow shild port dickson negeri sembilan
Hakim Mahmud Hakim Mahmud 19 September, 2016
Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi dah lama saya cari ayat yang ringkas tapi padat untuk dihantarkan kepada bos saya...