Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Serta Doa

Panduan Solat Dhuha Beserta Doa Dan Bacaan Rumi. Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari hingga menjelang masuk waktu Zohor. Solat ini afdhalnya dilakukan pada waktu pagi hari ketika matahari sedang naik. Berikut dikongsikan cara-cara mengerjakan solat dhuha beserta doa dan bacaan dalam rumi. Moga ianya bermanfaat. Cara solat dhuha di bawah ini ada disertakan niat dalam rumi, surah-surah, bacaan dalam sujud terakhir, bacaan tasbih dan doa dhuha.

cara solat dhuha

CARA SOLAT DHUHA DAN DOA DALAM RUMI

Daripada Zaid bin Arqam RA bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. Lalu ia berkata :
Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha diwaktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda, sembahyang orang-orang yang bertaubat itu ialah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan).

Huraian Hadith

  1. Umat Islam perlu bersungguh-sungguh melakukan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah.
  2. Amal ibadat yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan akan membentuk jati diri muslim yang sejati.
  3. Sembahyang sunat Dhuha boleh dilakukan ketika naiknya matahari sehinggalah condongnya, tetapi afdhal sekiranya dilakukan ketika matahari betul-betul naik dan bersangatan panas.
  4. Hikmah disunatkan sembahyang Dhuha ketika matahari bersangatan panas, ialah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan sembahyang, seperti terbitnya matahari.

PANDUAN DAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

1) Bilangan rakaat

  • Jumlah rakaat solat Dhuha paling minima adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu

  • Mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit). 
  • Solat dhuha boleh dikerjakan sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit) menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’.
  • Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik.

3) Niat Solat Sunat Dhuha

niat solat dhuha rumi

Niat dalam Rumi : 

Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.

Maksudnya

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

4. Surah-Surah

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

  • a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

    i.  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
    ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
    iii.  Al-lail dan Al-Insyirah.

  • b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

    i.  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
    ii.  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim).

5) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

bacaan sujud dhuha

6) Bertasbih 10 kali selepas memberi salam

bacaan tasbih dhuha

7) Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik) Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.” 

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Dhuha

Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.

1. Amalan Bebentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut.

2. Rezeki

Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari. Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari.Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)

3. Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. 

4. Menghapuskan Dosa

Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)


Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga. Rasulullah SAW bersabda: 
“Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”

Kesimpulan 

Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.

SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Albakriah wordpress & Shafiqolbu

DOA DHUHA (Lirik Dan Maksud)



Moga artikel Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Serta Doa ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau kesalahan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini. 

5 comments.. read them below or add one

Leee Hira Leee Hira 11 Jun, 2016
terima kasih. mohon share :)
xx scarleto xx scarleto 03 November, 2016
TERIMA KASIH ATAS ILMU INI
Zalina Haji Mahamud Zalina Haji Mahamud 29 November, 2016
Assalamualaikum..terima kasih panduan ini..banyak saya dpt belajar...
Cahaya Semulajadiku Cahaya Semulajadiku 12 Disember, 2016
Terima kasih untuk entri ni.. Sejak akhir akhir ni baru terasa nk solat dhuha, itupun masih dalam tempoh "kena memaksa diri utk solat dhuha", kemudian jumpa panduan yg lengkap mcmni...
Jamal Nor Jamal Nor 29 Disember, 2016
Syukur Alhamdulillah atas segala usaha panduan ini semuga dipermudahkan hendaknya. Aamiin!