Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik Negeri Johor Online

Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik Negeri Johor Online 

NUSAJAYA 2 Jun - Seramai 9,465 orang memohon untuk memiliki rumah kos rendah dan mampu milik secara dalam talian yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak April lalu.
Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik Negeri Johor Online

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata, daripada jumlah itu, 4,077 permohonan adalah untuk memiliki rumah mampu milik.

Bakinya seramai 3,263 pula memohon untuk mendapatkan rumah kos rendah berharga RM42,000 seunit, manakala 2,125 lagi untuk rumah kos rendah berharga RM84,000.

"Permohonan dalam talian ini memudahkan orang ramai selain turut membantu kerajaan negeri membuat perancangan dengan lebih berkesan," katanya menjawab soalan Datuk Saipolbahari Suib (BN-Bukit Naning) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Permohonan untuk rumah kos rendah dan rumah mampu milik di negeri ini boleh dibuat menerusi Aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor dengan melayari laman web erumah.johor.gov.my.

Abdul Latiff berkata, kerajaan negeri memandang serius berkaitan isu kegagalan pemaju membina rumah mampu milik dan sentiasa membuat pemantauan serta mengambil tindakan terhadap pemaju berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 3,800 buah rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina pada tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang mengkaji cadangan supaya PPR dijadikan sebagai rumah sewa beli.

"Kerajaan negeri akan mempertimbangkan kesesuaian bagi melaksanakan cadangan ini," katanya.

Utusan online

CARA BUAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK NEGERI JOHOR SECARA ONLINE

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • 1. Skim ini terbuka kepada rakyat Johor atau yang telah menetap di Johor lebih dari 5 tahun dan berumur dari 18 tahun ke atas. dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8,000 pendapatan kasar bulanan
  • 2. Berkahwin / bujang layak memohon
  • 3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
  • 4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
  • 5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
  • 6. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
  • 7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
  • 8. Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
  • 9. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

 

CARA BUAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Layari laman web eRumah Johor di Applikasi Permohonan

  • Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut.
cara nuat permohonan rumah mampu milik Johor
  • Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas.
  • Borang permohonan dan SALINAN DOKUMEN yang dilampirkan perlu JELAS agar permohonan TIDAK DITOLAK
  • Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat didapati PALSU
  • Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
  • Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI
  • Tempoh sah pendaftaran ADALAH 5 TAHUN dan boleh mendaftar semula selepas tamat tempoh
  • Setiap perubahan/kemaskini maklumat hendaklah dirujuk ke Pentadbiran ini

SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Berikut Pemilihan Kategori Rumah Bagi Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) / Rumah Komuniti Johor (PKJ A & PKJ B) / Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
KATEGORIHARGA RUMAHHAD PENDAPATAN
RKR 1RM 25,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 2RM 28,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 3RM 30,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKR 4RM 35,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKSR 5RM 50,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,500.00
PKJ ARM 42,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
PKJ BRM 80,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 4,500.00
RMMJRM 120,000.00 hingga RM 220,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 6,000.00


Cara Hubungi 

Bahagian : Bahagian Perumahan.
  • Alamat: Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor
  • Email: erumah@johor.gov.my
  • Telefon: 07-2666260 / 07-2666261

Waktu Bekerja

  • Ahad - Rabu - 8.00am to 5.00pm
  • Khamis - 8.00am to 3.30pm
  • Jumaat- Sabtu - Tutup

SUMBER eRumah Johor


{ 8 comments.. read them below or add one }

Bro Ley Bro Ley 18 August, 2015
Salam. Saya baru apply semalam secara online. Tapi, macam tak ada mintak dokumen apa2 pun masa apply online tu. Macam mana nak tahu dokumen apa yg diperlukan? Dlm website tu tak ada diberitahu. Rasa mcm belum complete je permohonan. Mohon pencerahan. Thanks. :)
Rossa Calla Rossa Calla 18 August, 2015
sila rujuk panduan permohonan di bawah soalan lazim atau rujuk erumah di 07-2666260 / 07-2666261
as_nem as_nem 23 August, 2015
tumpang tny...mcmn cara nk wat rayuan utk membeli rumah dijohor klo pemohon yg menetap kurang dr 5 tahun d johor
eDa zubaida eDa zubaida 11 October, 2015
saya rase dah isi semua kerajaan akan cek nama kite dan jika berjaya dia akan anta surat
masa tu baru sediakan doc dan bg jawapan pd kerajjan dan hantar untuk pengesahan..
Anonymous Anonymous 20 October, 2015
dokumen kena submit hardcopy pada SUK. die hanya akan minta after approve awak punya application. dah tak macam dulu dulu.
Unknown Unknown 25 October, 2015
dh call byk kali tp gagal....
Sha Asran Sha Asran 18 November, 2015
Sy pernah nk hantar dokument tp bile smpai org kt sane ckp just daftar online sje..sbb dorg da renew website dorg..so sy kene daftar bru dan dokumen tu smue sy x hntar blk pon..sbb daftar online kali ni xde suro anto dokumen x mcm sblm ni..tp tu la muskil sket mcm xde respon..cume kt status permohonan tu just tulis permohonan baru.. [-(
Sham Abu Hanifah Sham Abu Hanifah 25 July, 2016
Salam. Saya penduduk setinggan kg tengah telah mendiami lebih 35 tahun tetapi sehingga kini masih tidak dapat memiliki rumah perpindahan di taman desa belantik sri stulang apakah tiada jalan penyelesaian.