Ubat Sakit Tekak Dan Cara Merawat

Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Sakit Tekak Dan Cara Merawat

Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.
Sakit Tekak

Gejala sakit tekak 

• Sakit tekak secara tiba-tiba. 
• Rasa sakit ketika menelan makanan. 
• Demam. 
• Sakit kepala. 
• Sakit di abdomen. 
• Loya dan muntah. 

Komplikasi sakit tekak

• Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi 

• Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks, termasuk sama ada bernanah dan tidak bernanah. 

• Komplikasi nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal (RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15 hingga 36 peratus pesakit yang mengalami PTA pernah mengalami jangkitan oropharyngeal. 

• Komplikasi tanpa nanah pula termasuk demam sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan artritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang tiga minggu selepas streptococcal pharyngitis.

Rawatan berdasarkan gejala.

Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.
  1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.
  2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.
  3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.
  4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

Petua Tradisional Merawat Sakit Tekak

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang dijual di farmasi adalah :
1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.
2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.
3) Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.
4) Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas je kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak.
SUMBER : myHealth, myMetro


0 comment... add one now