Live Streaming Keputusan Kelantan Vs T-Team 6 Februari 2016

Siaran Langsung Keputusan Kelantan Vs T-Team 6 Februari 2016. Perlawanan pra-musim ketiga buat pasukan Kelantan (Pamoga Qu Puteh The Red Warriors) akan berlangsung malam ini, Sabtu 6 Februari 2016 bermula jam 900 malam. Kelantan akan bertemu dengan T-Team, pasukan dari Terengganu yang akan beraksi di Liga Super 2016. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV dan merupakan perlawanan persahabatan ketiga di mana sebelum ini Kelantan menang ke atas Yala United FC 3-1 tetapi tewas kepada pasukan Liga Premier 2016, Kuala Lumpur 0-2. 

Aksi perlawanan persahabatan ini adalah persediaan buat skuad kendalian jurulatih, K.Devan untuk memilih kesebalasan pemain utama dalam perlawanan pertama Liga Super 2016 yang akan bermula pada 13 Februari 2016. Peluang menguji dan memilih pemain import keempat juga akan digunakan sebaiknya malam ini. 
Keputusan terkini Kelantan Vs T-Team 6 Februari 2016

Live Streaming Keputusan Kelantan Vs T-Team 6 Februari 2016

Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan Kelantan vs T-Team, Sabtu 6 Februari 2016 :- 

KELANTAN 0 vs 1 T-TEAM (KEL - Dramane Traore min 81 & TT - Timislav Busic min 63)

Kesebelasan Pemain

Pemain Kelantan
Jonathan Mckain, Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam, Brendan Gan, Noor Hazrul, Daudsu Jamaluddin, Badhri Radzi (K), Khairul Fahmi (PG), Muslim Ahmad, Dramane Traore dan Blazhe Ilioski.

Live Streaming Kelantan Vs T-Team

* Tiada siaran langsung perlawanan akan disiarkan di rangkaian TV utama Malaysia
** Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari masa kesemasa

Semoga Kelantan berjaya malam ini.

1 comment... add one now

kamil salleh kamil salleh 10 Jun, 2014
Moga Kelantan menang malam ini mengalahkan Lions XII