Jadual Sukan Komanwel 2014 Glasgow

Commonwealth Games 2014 Glasgow

Jadual Sukan Komanwel 2014 Glasgow  | Glasgow: Sukan Komanwel Glasgow (Glasgow Commonwealth Games 2014) bakal membuka tirainya secara rasmi awal pagi Khamis ini, 23 Julai 2014 tatkala dunia sudah pasti menumpukan sepenuh tumpuan kepada 10 atlet hebat. 

Australia dan Great Britain menjadi kontinjen yang harus diberi perhatian apabila dilihat mempunyai tiga prospek yang mampu membuahkan pingat emas di temasya kali ini. 


Kontinjen Australia membawa tiga atlet berpengalaman – acara olahraga, Sally Pearson, perenang Alicia Coutts dan Anna Meares dalam sukan berbasikal. 

Coutts yang berusia 26 tahun sudah pun meraih 21 pingat buat Australia dalam kejohanan utama sejak empat tahun lalu termasuk satu emas di Sukan Olimpik London 2012 dan empat pingat lain. 

Perenang berjaya 

Di Sukan Komanwel New Delhi 2010, Coutts adalah perenang yang paling berjaya dengan meraih emas dalam acara 100 meter (m) gaya bebas, 100, kuak kupu-kupu, 200m rampaian individu, 4x100m gaya bebas berganti-ganti dan 4x100m rampaian berganti-ganti. 

Bagi Great Britain pula, kontinjen mereka yang diketuai Mo Farah harus diberi perhatian apatah lagi dia menjuarai kedua-dua acara jarak jauh – 5,000m dan 10,000m di Olimpik London, sekali gus membantu temasya itu sebagai antara yang paling berjaya. 


Seorang lagi atlet olahraga yang perlu diberi tumpuan ialah Pearson yang digembargemburkan bakal menyertai dua acara di Glasgow – 100m berpagar dan 100m. 

Malaysia juga tidak terlepas, dengan ratu skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David ketika atlet berusia 30 tahun itu hadir ke Glasgow dengan status juara dunia sebanyak tujuh kali dengan satu di Komanwel New Delhi 2010. 

Di sini, Nicol diletakkan harapan untuk menghadiahkan kilauan emas pertama Malaysia di sini menerusi acara beregu bersama Low Wee Wern. Nicol juga adalah juara lapan kali Asia. AFP




FULL SCHEDULE ACARA KOMANWEL 2014 - KLIK SINI


JADUAL ACARA HARIAN KLIK SINI

SENARAI ALTET MALAYSIA DI SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014


1 comment... add one now

Hero Borneo Hero Borneo 24 Julai, 2014
informasi yang menarik..terbaik

http://www.heroborneo.com/2014/07/lagu-dan-video-rasmi-glasgow-2014.html