Keputusan Altet Malaysia Sukan Komanwel 26 Julai 2014

Keputusan Altet Malaysia Sukan Komanwel 26 Julai 2014

Keputusan Altet Malaysia Sukan Komanwel 26 Julai 2014 I GLASGOW, 26 Julai -- Berikut beberapa berita ringkas membabitkan atlet Malaysia di Sukan Komanwel ke-20, pada Jumaat:

BERBASIKAL:
Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal melangkah ke peringkat separuh akhir acara pecut individu.

Dalam saingan suku akhir di Velodrom Sir Chris Hoy di sini, pelumba berusia 26 tahun yang perlu memenangi sekurang-kurangnya dua perlumbaan ketika bersaing dengan pelumba New Zealand, Sam Webster, bagaimanapun hanya mampu memenangi satu sahaja perlumbaan.

Mohd Azizulhasni agak ketinggalan dalam saingan pertama kepada Webster dan seterusnya bangkit untuk memenangi pusingan kedua.

Bagaimanapun, Webster berjaya melakukan henjutan bertenaga ke garisan penamat untuk mengatasinya pada saingan ketiga.

PING-PONG:
Malaysia berjaya meraih kemenangan ketiga dalam acara berpasukan wanita selepas menewaskan Jamaica 3-0 di Kampus Sukan Scotstoun.

Mata pertama Malaysia diperolehi menerusi Ho Ying yang menewaskan Shenique Clare 14-12, 11-7 dan 11-5, diikuti Lee Rou You, yang mengalahkan Yvonne Foster, dengan 6-11, 11-6, 11-6 dan 11-7.

Mereka meraih mata kemenangan menerusi gandingan pemain berpengalaman, Beh Lee Wei dan Rou You yang mengalahkan gandingan Shenique Clare dan Dadrian Lewis 11-4, 11-5 dan 11-7.

Kejayaan itu membolehkan mereka mengungguli Kumpulan 6 dan membolehkan mereka mara ke peringkat seterusnya esok.

Terdahulu, skuad wanita negara yang dibarisi oleh oleh Ng Sock Khim, Ho Ying, Rou You dan Beh Lee Wei menewaskan Papua New Guinea 3-0 dan Kanada dengan 3-2.

RENANG:

Perenang bebas Chui Lai Kwan berjaya memperbaiki pencapaian terbaik peribadinya, sekali gus mencatat rekod baharu kebangsaan dalam acara 50m gaya bebas wanita.

Pada peringkat saringan acara berkenaan di Kolam Renang Tollcross dekat sini, beliau berjaya mencatat masa 26.00s dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, dalam saingan separuh akhir kedua yang berlangsung pada sebelah petang, beliau sekadar mencatat masa 26.10s.

-- BERNAMA

KEPUTUSAN TERKINI DAN KESELURUHAN SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014 DI SINI



0 comment... add one now