Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara Geografi PT3 2014

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara Geografi PT3 2014


Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

merupakan bahagian terakhir untuk kajian kes PT3 Geografi. Markah penuh adalah 20 markah dimana pelajar dikehendaki untuk memberikan cadangan yang relevan dan kritis untuk mendapatkan markah penuh. Setiap idea pelajar mestilah disertakan bersama huraian yang tepat dan contoh berkaitan kawasan kajian. Berikut merupakan beberapa langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udara yang boleh dijadikan rujukan.
Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/07/pt3-geografi-2014-langkahcadangan.html#ixzz36PPlV3dn
  • Penampalan ozon
Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara Geografi PT3 2014

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

  • Memperkenalkan undang-undang
Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara Geografi PT3 2014
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

  • Penggunaan teknologi
Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara Geografi PT3 2014

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

  • Kitar semula
Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara Geografi PT3 2014
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Via Masalah Pencemaran Global



0 comment... add one now