Sedap Ke Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut Kulai?

Keistimewaan Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut Di Kulaijaya

Keistimewaan Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut Di KulaijayaKULAIJAYA: Pelik dan unik tetapi masakannya jadi tumpuan ramai.

Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut sememangnya tidak asing bagi warga Johor khususnya sekitar Kulaijaya.

Pengusaha warung Nasi Lemak Wak Kentut, Hairolnizam Safarin berkata perniagaan dan nama unik itu telah  diwarisi dari bapanya yang diberi gelaran Wak Kentut oleh penduduk sekitar.

Katanya walaupun pernah menukar nama lain, namun nama Warung Wak Kentut tetap menjadi pilihan pelanggan.

"Sebenarnya nama ini gelaran daripada orang Kulai sendiri yang diberikan kepada orang tua-tua dekat sini.  Kami orang keturunan Jawa banyak bernama Wak. Jadi mereka gelar bapa saya Wak Kentut, sampai sekarang melekat, kami pernah tukar nama itu tetapi mereka (pelanggan) tidak hendak. Hendak pakai nama ini juga," kata Hairolnizam.

Jelas Hairolnizam lagi, kualiti yang dikekalkan dalam ayam goreng dan sambal menjadikan perniagaan itu berjaya bertapak lebih 30 tahun.

Katanya setiap hari lebih 150 ekor ayam dan 110 kilogram beras digunakan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Pelanggannya bukan sahaja terdiri dari kaum Melayu, malah kaum Cina dan India turut menjadi pelanggan tetap Nasi Lemak Ayam Goreng Wak Kentut.


Sementara itu, bagi pelanggan tetap, Mohd Pozi Kemin, dia sanggup memandu sejauh kira-kira 40 kilometer semata-mata mahu berbuka puasa di Warung Wak Kentut.

Katanya dia dan keluarga akan ke warung tersebut dua kali sebulan untuk menikmati nasi lemak di situ.

"Saya dah makan di kedai nasi lemak yg diberi nama Nasi Lemak Wak Kentut sudah 10 tahun, keistimewaan nasi lemak dia lain dari lain, rasanya kalau orang Johor tu sebut saja kenal, negeri lain pun kenal," kata Mohd Pozi.

Perkara itu turut dipersetujui Azimah Adnan yang kini bergelar pelanggan tetap.

"Nasi lemaknya (sedap) tetapi ayamnya memang lain dari yang lain. Ayamnya terasa rempah dan tidak sama dengan tempat lain. Namanya memang unik sikit.  Sememangnya anak-anak suka pergi. Kalau tidak selera makanpun, ini juga (tumpuannya),” kata Azimah

Mengekalkan rasa yang sama sejak bertahun lamanya, Hairolnizam mempunyai perancangan sendiri untuk mengukuhkan jenama nasi lemaknya sebelum membuka cawangan di Johor Bahru - PING MERAH





0 comment... add one now