Pesawat Air Algerie Pula Terhempas 24 Julai 2014

Pesawat Air Algerie Pula Terhempas 24 Julai 2014

Pesawat Air Algerie Pula Terhempas 24 Julai 2014 | ALGIERS: PESAWAT Air Algerie yang membawa 110 penumpang yang hilang dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers terhempas pada Khamis, kata pegawai syarikat penerbangan Algeria.

"Saya boleh mengesahkan ia terhempas," kata pegawai itu kepada Reuters.
Terdahulu, syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS berkata, perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie selepas 50 minit berlepas ke Algiers.
Seorang pegawai syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan warga Perancis.
Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.
Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1) - mStar online


1 comment... add one now

Prof John Prof John 25 Julai, 2014
takut pula rasa nak naik kapal terbang skrg ni..