Panduan Cara Buat Tugasan Geografi PT3 2014

Panduan Cara Buat Tugasan Geografi PT3 2014

Panduan Cara Buat Tugasan Geografi PT3 2014 (Pentaksiran Tingkatan 3) 2014

kredit kepada Blog Cikgu Norazimah

PANDUAN CARA BUAT TUGASAN SEJARAH PT3 TAHUN 2014 KLIK SINI

Sila Klik :

PT3 Geografi 2014 : Konsep & Definisi

Konsep yang diterangkan mestilah dihuraikan dengan tepat dan betul beserta contoh yang relevan. Berikut merupakan konsep/definisi yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar:

Pencemaran Udara : 
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya. 

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik. 

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

Sumber : | SINI | SINI |

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK untuk Kajian Kes Pencemaran Udara. 






SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA              :
UMUR              :
PEKERJAAN      :
ALAMAT          :


ARAHAN : Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai.


1. Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya pencemaran udara di kawasan tempat tinggal anda?

            Pembakaran terbuka
            Pelepasan asap kilang

            Asap kenderaan bermotor

            Pembinaan bangunan

            Penggunaan baja kimia
            Pembuangan sisa toksik
            Perniagaan
            Penternakan



2. Apakah kesan pencemaran udara di kawasan tempat tinggal anda?
            Udara tercemar
            Suhu meningkat
            Bau busuk
            Jerebu
            Hujan asid
            Hidupan akuatik terancam
            Gangguan kesihatan
            Air tercemar



3. Apakah langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di tempat tinggal anda?
            Kempen kesedaran
            Penguatkuasaan undang-undang
            Kitar semula
            Pendidikan alam sekitar
            Rawatan air kumbahan
            Menggunakan petrol tanpa plumbum
            Insinerator/tapak pelupusan sampah
            Penggunaan catalytic converter

p/s : Sepatutnya ada kotak untuk setiap jawapan. Tapi ni kes copy dari word masuk ke blog. So pelajar2 bolehlah masukkan sendiri kotak di sebelah setiap pilihan jawapan yer. 


PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan


Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :

1. Perancangan (10 markah)
: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh. 
: Perancangan merangkumi :
  • Jadual Kerja
  • Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian


2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.
: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.
: Proses awal perlulah ada :
  • sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian
  • senarai rujukan
  • gambar jika berkenaan


3. Proses Akhir (70 markah)
: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
  • Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. 
  • Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
  • Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh. 


Tempoh masa yang diberi adalah dari 1 hingga 18 Julai 2014. 



Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/pt3-geografi-2014-kerangka-pelaksanaan.html#ixzz36DH3rzD9




6 comments.. read them below or add one

iffa natasya iffa natasya 02 July, 2014
terima kasih . smoga tuhan akn membalas jasa baik mu . sangat2 jelas :D thank you !
Switch Lawliet Switch Lawliet 02 July, 2014
yang borang tu kena buat guna tangan jugak ke? ke boleh print?
dayana eddie dayana eddie 03 July, 2014
boleh print untuk soal selidik , bila nak buat grafnye nanti kene buat pakai tangan . :)