Alasan Utama Pekerja Ambil MC Cuti Sakit

MC Cuti Sakit
Alasan Utama Pekerja Ambil MC Cuti SakitPasti ramai yang tidak menyangka ada organisasi yang sanggup melakukan kajian ke atas isu ini. Sesiapa pun pasti akui sijil cuti sakit (MC) adalah isu paling popular dalam dunia pekerjaan. Sama ada cuti palsu atau sebaliknya, hanya diri sendiri yang tahu. Ketahui tiga alasan popular digunakan pekerja negara ini ketika memohon cuti sakit.
MC palsu
Berdasarkan tinjauan dilakukan Jobstreet Malaysia, 57 peratus daripada pekerja di Malaysia memalsukan perihal MC. Malah golongan ini juga sanggup membayar sehingga RM25 untuk mendapatkan MC palsu semata-mata untuk ponteng kerja.
Portal pekerjaan itu turut mendedahkan tiga alasan utama mereka berbuat demikian adalah 
• tiada mood untuk bekerja,
• berasa penat,
• Untuk menghadiri temuduga pekerjaan lain

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan juga menjelaskan ini adalah tanda pekerja hilang motivasi untuk bekerja dan menipu hanya kerana tidak mahu datang bekerja.

Walaupun majoriti daripada pekerja yang ditinjau berkata mereka tidak menyalahgunakan sistem MC, satu perempat daripada mereka berkata sanggup membayar untuk menipu†jika berpeluang berbuat demikian.

Makin kreatif bagi alasan
Sementara itu, kajian lain dijalankan organisasi berkaitan di London, United Kingdom ke atas 1,000 pekerja dan 1,000 majikan menunjukkan kreativiti seseorang untuk memberi alasan semakin berkembang.

Dalam kaji selidik itu, beberapa alasan pelik pernah dikemukakan seseorang pekerja untuk ponteng, termasuk kaki tercedera kerana dihempap tin kadang, brek tangan kereta rosak dan anjing peliharaan bergaduh.

Sementara itu, keputusan kajian sama juga menunjukkan enam daripada 10 majikan tidak mempercayai pekerja mereka yang mengaku sakit sebagai alasan untuk tidak bekerja. Beberapa alasan lain seperti muntah melampau, dijangkiti virus dan sakit perut didapati lebih diyakini majikan.

Dua pertiga majikan pula mahu pekerja yang uzur supaya menghubungi pejabat sendiri dan enggan melayan penjelasan melalui emel atau mesej pesanan ringkas. Menurut kajian terbabit, secara purata menunjukkan seseorang pekerja akan menipu empat kali sepanjang tempoh berkhidmat di sesuatu tempat kerja dengan alasan sakit atau demam sebagai faktor paling popular digunakan.

Pekerja yang menyalahgunakan kemudahan cuti sakit cenderung adalah dari orang-orang yang mempunyai †komitmen rendah, semangat yang lemah, dan tidak mempunyai†keseimbangan kerja dan kehidupan.

Anda sendiri bagaimana? Pernah ambil MC untuk ponteng kerja? - myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now