Bekas Kapten Skuad Bola Sepak Malaysia Meninggal Dunia

Bekas Kapten Skuad Bola Sepak Malaysia
Bekas Kapten Skuad Bola Sepak Malaysia Meninggal Dunia | Ipoh : Bekas kapten skuad bola sepak Malaysia 1960an dan pemain pasukan Perak, Abdullah Yeop Nordin, 75, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun jam 1.20 pagi tadi akibat masalah jantung.
Anak kedua arwah Abdullah, Arneza, 48, berkata, bapanya mengalami masalah pernafasan selepas batuk-batuk ketika memeriksa kertas peperiksaan di meja makan kediamannya. 
"Pemergiannya agak mengejutkan kerana dia berada dalam keadaan sihat. 

"Bapa juga sempat menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknologi Petronas Khamis lalu," katanya.
Foto

Jenazah disempurnakan di rumahnya dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Taman Gerbang Bercham Selamat, Ipoh selepas solat zuhur- myMetro
Mari kaita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah moga rohnya dicucuri rahmat
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 17 Ogos, 2014
Al-Fatihah. Semoga roh Allayarham bersemadi dengan aman disana..