CEO MRT Letak Jawatan Insiden Runtuhan Projek Di Kota Damansara

CEO MRT Letak Jawatan

CEO MRT Letak Jawatan Insiden Runtuhan Projek Di Kota DamansaraKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Azhar Abdul Hamid meletak jawatan berikutan insiden runtuhan di tapak projek MRT di Kota Damansara pada malam Isnin.

Insiden itu meragut tiga nyawa.
"Pada esok, saya bukan lagi CEO syarikat ini," katanya pada sidang media di tapak MRT di sini pada Selasa.

Azhar berkata, beliau sentiasa mementingkan langkah-langkah keselamatan yang ketat di tapak MRT tetapi insiden seperti itu berulang lagi.

"Saya sudah melakukan yang terbaik, tetapi saya ternyata gagal dan oleh itu saya akan berundur dari jawatan saya.

"Saya dimaklumkan beberapa langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi oleh sub-kontraktor dan jika itu adalah puncanya, saya akan memastikan MRT Corp tidak bekerjasama dengan mereka semula," katanya.

Beliau berkata, walaupun beliau sudah meletak jawatan, beliau akan mengikuti perkembangan kes tersebut dan memastikan keluarga mangsa diberikan keadilan.
Sementara itu, difahamkan Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan dan Pengurusan Tanah MRT Corp, Haris Fadzilah Hassan akan mengambil alih jawatan tersebut sehingga kerajaan melantik CEO yang baharu.
Terdahulu, dalam satu kenyataan, MRT Corp mengesahkan bahawa landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu dijalankan.
Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak sepanjang 38 meter seberat 490 tan.

MRT Corp mengesahkan bahawa tiga pekerja yang terperangkap adalah warga Bangladesh iaitu Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now