Cirit-Birit Punca Dan Rawatan

Cirit-Birit Punca Dan RawatanCirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.
PUNCA-PUNCA CIRIT BIRIT
    Cirit-Birit
  1. Meminum air yang tercemar.
  2. Memakan makanan yang tercemar.
  3. Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  4. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
PUNCA-PUNCA KRONIK
Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
  1. Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
  2. Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
  3. Penyakit-penyakit usus.
  4. Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa.
  5. Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
  6. Kecacatan penyerapan
  7. Selepas pembedahan
  8. Fistula dalaman
  9. Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
  10. Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
  11. Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
  12. Kanser
  13. Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
  14. Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
  15. Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
  16. Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract condition, appendicitis etc.
  17. Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
  18. Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease.
Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
  1. Minum banyak air.
  2. Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  3. Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
  4. Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
  5. Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
    Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  6. Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

Bayi

  1. Teruskan penyusuan bayi.
  2. Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
  3. Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  4. Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  5. Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,  atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.
Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan
  1. Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
  2. Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
  3. Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
  4. Ingatlah bahawa walaupun cirit-birit dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
  5. Tabiat kebersihan makanan yang baik.
  6. Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum
  7. menyediakan dan mengendalikan makanan.
  8. Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
  9. Sediakan makanan di kawasan yang bersih.
  10. Tudungkan makanan yang telah dimasak.
  11. Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
  12. Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.
Rawatan
Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit­-birit?
Kebanyakan kes cirit-­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­-birit, lakukan seperti berikut :
  • Minum banyak air.
  • Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur
  • Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
  • Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.
Tanda-tanda dehidrasi adalah :
  • Haus yang berlebihan
  • Mulut dan kulit kering
  • Kurang atau tiada air kencing
  • Keletihan yang teruk
  • Pitam
  • Kulit menjadi gelap
Cirit-birit di kalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
  • Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
  • Demam panas
  • Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
  • Mulut kering atau menangis tanpa air mata
  • Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
  • Perut, mata atau pipi yang cengkung
  • Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.
Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.
Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .
Pencegahan
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?
Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:
  • Cuci tangan sebelum makan
  • Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
  • Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
  • Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit­birit.
  • Minum air dari bekalan air bersih, dibotolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-­birit boleh bertambah teruk.
  • Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit­-birit
Kumpulan sokongan
Hubungi klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk dan layari laman web : http://www.who.int/topics/diarrhoea/en/
MyHealth

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 17 Ogos, 2014
Kena jumpa doktor secepat mungkin. Cirit-birit boleh menyebabkan kematian kerana kekurangan air dalam badan.