Gambar 800 Pekerja Asing Mogok Bakar Kereta Di Kulaijaya

Pekerja Asing Mogok Bakar Kereta Di Kulaijaya
Gambar 800 Pekerja Asing Mogok Bakar Kereta Di Kulaijaya  | Kulaijaya: Kira-kira 800 pekerja asing melakukan mogok di hadapan sebuah kilang akibat tidak berpuas hati dengan majikan mereka di Desa Perindustrian Kulai 2, Kelapa Sawit di sini, hari ini.
Dalam kejadian bermula jam 9 pagi tadi, pekerja asing itu turut menterbalik dan membakar sebuah kereta Proton Iswara serta membaling batu ke arah empat bangunan kilang terbabit.
Pekerja Asing Mogok Bakar Kereta Di Kulaijaya
Difahamkan, pekerja terbabit tidak puas hati dengan tindakan majikan yang didakwa menggunakan kekerasan dalam pengurusan selain masalah gaji minimum yang dipotong sesuka hati.

Sehingga jam 2 petang tadi, pekerja kilang masih berhimpun di hadapan bangunan sehingga memaksa kira-kira 75 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan - myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now