Gambar Dan Spesifikasi Audi 6 2.0 TFSI

Gambar Dan Spesifikasi Audi 6 2.0 TFSI
Gambar Dan Spesifikasi Audi 6 2.0 TFSI | Euromobil Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia memperkenalkan model terbaru yang dipertingkat bagi Audi A6 2.0 TFSI.
Model sedan mewah itu kini hadir dengan wajah lebih segar selepas menerima penambahan lampu depan LED dan Sistem Navigasi MMI bersama pad sentuhan MMI di konsol tengah sebagai ciri standard. 
Ia turut dilengkapi sistem tempat meletak kereta Audi bersama paparan kamera undur, selain dikemaskan dengan rim jejari V aluminium bersaiz 18 inci bagi menggantikan rim 17 inci.

Kos penambahan itu sebenarnya mencecah RM46,600, tetapi Euromobil menawarkan hanya RM30,000 sekali gus memberi penjimatan sebanyak RM16,000.
Foto Gambar Dan Spesifikasi Audi 6 2.0 TFSI
CIRI luaran terbaru.

Malah, varian dipertingkatkan itu turut ditawarkan dengan harga baru sebanyak RM375,000 yang sebelum ini dijual RM345,000.
Selain itu, bakal pemiliknya boleh memilih aksesori tambahan seperti bumbung matahari dengan penambahan RM5,000, warna badan kemasan mutiara (RM5,000), pakej S line (RM30,000) dan sistem bunyi jenama Bang & Olufsen (RM28,000) untuk menggantikan sistem audio standard.

Perubahan hanya dilakukan pada bahagian kosmetik. Secara mekanikal, ia masih sama apabila Audi A6 dijana enjin 2.0 liter pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 180 hp dengan tork setinggi 320 Nm bersama padanan transmisi lapan kelajuan multitronic.

Sistem pilihan Pemanduan Audi dengan empat mod memberi karakter berbeza tingkah laku pemanduannya seperti penyesuaian stereng dengan tindak balas pendikit.

Mengikut spesifikasinya, Audi A6 dikatakan memberi kecekapan bahan api terbaik dalam kelasnya dengan rekod 6.4 liter bagi setiap 100 kilometer.

Kecekapan bahan api itu turut berpunca daripada kerangka aluminium hibrid yang memberi penjimatan 15 peratus berbanding keluli konvensional.

SPESIFIKASI:

Enjin: 1,984 cc, empat silinder sebaris dengan pancitan suntikan terus dan pengecas turbo

Kuasa maksimum: 189 bhp antara 4,000 hingga 6,000 rpm
Tork maksimum: 320 Nm antara 1,500 hingga 3,900 rpm
Transmisi: Lapan kelajuan multitronic
Kelajuan maksimum: 226 kilometer sejam
myMetro

KEPUTUSAN TERKINI DAN KESELURUHAN SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014 DI SINI



1 comment... add one now

Adam Daniel Adam Daniel 11 Januari, 2015
Saya ada sebiji kereta audi ni. Naik memang best. Maklumlah kereta mewah.