Gambar Proton Iriz Bakal Pengganti Savvy Hujung Bulan Ogos 2014

Proton Iriz Bakal Pengganti Savvy

Gambar Proton Iriz Bakal Pengganti Savvy Hujung Bulan Ogos 2014 Iriz yang dijangka menjadi nama model kompak terbaharu Proton bagi menggantikan Savvy, disasarkan menjadi pencetus perubahan tanggapan pengguna terhadap Proton.
Model itu yang dibangunkan dengan kod P2-30A, GSC (Global Small Car) dijangka dilancarkan hujung bulan ini sesudah beberapa kali penundaan, disasar menjadi pemangkin ke arah perubahan positif Proton sama ada daripada aspek kualiti, keselamatan dan peningkatan jualan.
Iriz yang disasar menyaingi Myvi dan dijangka dipadankan dengan enjin 1.3 liter dan 1.6 liter VVT serta rekaan sangat cantik dan komponen berkualiti, dijangka mengukuhkan lagi iltizam Proton untuk kembali sebagai pemain utama.
Seperti cahaya di hujung terowong, Proton dengan kereta cantik dan komponen berkualiti serta enjin moden VVT diyakini akan menambat kembali keyakinan pengguna tempatan dan antarabangsa terhadap Proton.
Selain jenama antarabangsa yang semakin agresif mengukuhkan tapak di Malaysia, Proton juga akan bersaing sengit dengan Perodua yang tampil dengan model kompak terbaharu Axia, model EEV pertama tempatan yang kini sudah boleh ditempah dengan harga dari RM24,900 seunit.
Perodua yang akan mempunyai ekonomi bidangan menerusi dua kilang pengeluaran dengan keupayaan pengeluaran tergabung lebih 500,000 unit setahun, dijangka mengeluarkan model dengan kemasan optimum pada tanda harga lebih rendah berbanding Proton.
Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata model terbaharu nanti akan datang dengan tanda harga lebih tinggi kerana datang dengan kualiti lebih tinggi.
Iriz hampir melengkapkan senarai barisan model Proton. Justeru, penerimaan terhadap model ini akan menjadi asas sandaran untuk pengeluar kereta nasional itu menjadi pemain antarabangsa. Mungkin itu opsyen besar yang ada bagi Proton kerana ia tidak seharusnya hanya berharap kepada 'magis' Tun M semata-mata - BH online

0 comment... add one now