Gambar Runtuhan Konkrit Projek Pembinaan MRT Di Kota Damansara

MRT Kota Damansara

Gambar Runtuhan Konkrit Projek Pembinaan MRT Di Kota Damansara | Tiga mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan konkrit di tapak pembinaan projek landasan MRT di Kota Damansara berhampiran Hospital Pusrawi, malam Isnin.
Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.46 malam.
Projek MRT Kota Damansara
Anggota STORM dan K9 Bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat di tapak runtuhan projek MRT.
Beliau berkata, objek dari pembinaan tapak landasan yang jatuh itu berukuran 38 meter dengan berat 300 tan menimpa pekerja di bawah landasan.
"Anggota STORM (Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia), K9 (Unit Anjing Pengesan) Bomba sedang melakukan pencarian di tapak runtuhan MRT," katanya dalam satu kenyataan.
Projek MRT Kota Damansara
Di kawasan sekitar runtuhan tapak projek MRT di Kota Damansara.
Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam.
MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerjanya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu.
"Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam ketika pembinaan tembok sedang dijalankan ke atas landasan MRT.
"Pasukan bertindak iaitu polis serta Pasukan Bomba dan Penyelamat digerakkan di lokasi (kemalangan). Usaha menyelamat sedang dijalankan," kata kenyataan itu - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now