Harapan Dua Emas Terakhir Sukan Komanwel 2014

Badminton sukan komanwel 2014

Harapan Dua Emas Terakhir Sukan Komanwel 2014Beregu lelaki dan wanita negara menceriakan kontinjen Malaysia apabila berjaya melangkah ke final acara badminton selepas menumpaskan lawan masing-masing pada separuh akhir di Arena Emarites, di sini, semalam. 

Goh V Sem-Tan Wee Kiong dengan bergaya menewaskan beregu dari England, Chris Adcock-Andrew Ellis, 21-19 , 21-19 dan akan bertemu pasangan dari Singapura, Danny Chrisnanta- Chayut Triyachart pada final hari ini. 



Terdahulu, beregu wanita negara, Woon Khe Wei-Vivian Hoo membenam pasangan England, Gabrielle Adcock-Lauren Smith 21-16, 21-11 dan akan berdepan dengan juara Sukan Komanwel New Delhi, empat tahun lalu, Jwala Gutta-Ashwini Ponnaappa dari India pada final, hari ini - BH online

KEPUTUSAN TERKINI DAN KESELURUHAN SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014 DI SINI



0 comment... add one now