Harga Rasmi Perodua Axia 2014

PERODUA Axia murah dan berkualiti
Harga Rasmi Perodua Axia 2014 | Pra tempahan untuk model terbaru Perodua Axia akan dibuka pada Jumaat ini 15 Ogos 2014 di 180 buah Showroom Perodua di seluruh negara. Kadar tempahan pada harga RM250 hingga RM300 berdasarkan varian yang dikehendaki.
Produa Axia dikeluarkan dalam empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance. Perodua Axia Standard E Solid dijual pada harga RM24,900 (Semenanjung Malaysia) dan didatangkan dengan jaminan 5 Tahun. Rekaan dalaman Perodua Axia berdasarkan konsep Perodua Global Model A (GMA) Segment Space dan ia juga didatangkan dengan rekaan yang lebih luas serta selesa.
Perodua Axia 2
Dikuasakan dengan enjin 1KR 3 Selinder yang merupakan enjin Daihatsu 1KR-DE. Enjin 12-valve DOHC 1.0 Liter yang dibuat keseluruhan dari Aluminium ini seberat 69 kg dan 10 kg lebih ringan dari enjin yang digunakan pada Perodua Viva. Enjin baru ini mampu mencapai kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan 87 Nm toq pada 3,600 rpm.
Harga Rasmi Perodua Axia 2014
Harga Rasmi Perodua Axia 2014

Sumber: Paultan.org & Life Life Drive



0 comment... add one now