Israel Umum Gencatan Senjata Sementara Di Gaza

Israel Umum Gencatan Senjata Sementara Di Gaza
BAITULMUQADDIS: Israel mengumumkan akan mengadakan gencatan senjata kemanusiaan di Gaza selama tujuh jam pada Isnin, kata pasukan tentera itu.
Menurut kenyataan tentera berkenaan, gencatan senjata itu akan dilakukan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) dan berakhir pada 1400 (10 malam waktu Malaysia), di semua wilayah kecuali di kawasan timur bandar Rafah di mana pertempuran masih berlangsung dan wujudnya tentera Israel di situ. 
Pemimpin tentera Israel di Tebing Barat dan Gaza, Jeneral Yoav Mordechai bagaimanapun berkata, sekiranya gencatan senjata itu dicabuli, tentera akan mengadakan serangan balas.
Mordechai turut menggesa penduduk di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira, yang merupakan dua perkampungan di timur Khan Yunis di selatan Gaza, untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia). - AFP
KEPUTUSAN TERKINI DAN KESELURUHAN SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014 DI SINI



3 comments.. read them below or add one

Abu Zaini Abu Zaini 05 Ogos, 2014
Semoga Palestina segera merdeka y...

Salam dari Pulau Dollar
IQROZEN IQROZEN 05 Ogos, 2014
Wah templatenya ini design mas Sugeng y sis,... boleh minta hehe....
SentiasaPanas SentiasaPanas 05 Ogos, 2014
Pengganas terbesar dunia paling pengecut!