Jadual Penerbangan Haji 2014

Jadual Penerbangan Haji 1435H

Jadual Penerbangan Haji 2014 1435H | Penerbangan pertama jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini dijadualkan 27 Ogos, manakala penerbangan akhir 27 September.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, sebanyak 64 penerbangan dijadualkan musim ini bagi membawa 22,320 jemaah haji.

"Penerbangan pulang jemaah haji ke Malaysia dijadualkan 10 Oktober dan penerbangan akhir pada 8 November," katanya.
tarikh penting haji 2014

TH menyediakan subsidi kos haji keseluruhan berjumlah RM130 juta berbanding RM100 juta pada tahun lepas.

"Kos haji bagi setiap jemaah kekal pada kadar RM9,998, namun subsidi yang ditanggung TH meningkat sebanyak RM6,175 untuk setiap individu pada tahun ini.

"Ini berbanding RM5,575 pada tahun lepas berikutan kenaikan kos pengangkutan, penginapan dan makanan," katanya. - BERNAMA

INFO HAJI SECARA RINGKAS
Penerbangan pertama 27 Ogos 2014
Penerbangan terakhir 27 September 2014
64 penerbangan keseluruhan
22,320 jemaah haji
Penerbangan pulang pertama 10 Oktober 2014
Penerbangan pulang terakhir 8 November 2014
Kos haji tahun 2014 - RM9,998


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now