Jom Hentam Zionis Dengan Gaza Hero

Gaza Hero
Jom Hentam Zionis Dengan Gaza Hero | Terdapat sebuah ‘game’ yang dibangunkan pada 16 Julai lalu berkaitan serangan Zionis ke atas Palestin.
‘Game’ yang dinamakan Gaza Hero boleh dimuat turun melalui peranti Android diba­ngunkan Madfal Studio berbentuk santai. 
Cara permainannya sangat mudah iaitu ha­nya klik bagi setiap senjata Zionis dan ia akan automatik menukarnya kepada makanan, air, kek dan ubat yang kemudian disalurkan kepada penduduk Palestin. 

‘Game’ sama membenarkan pengguna menderma, namun tidak dapat dipastikan salurannya. Pembangun pula menjanjikan setiap derma akan disalurkan terus kepada penduduk Gaza yang kini diserang.
Foto Gaza Hero


Aplikasi ini terlalu ring­kas mungkin kerana ia dibangunkan segera selepas isu Gaza timbul, tetapi kalau anda sedang geram dengan Zionis, Gaza Hero mungkin berbaloi terutama kepada ‘keyboard warrior’ - myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now