Kenapa Rakyat Gaza Terus Menyokong Hamas

Hamas
Kenapa rakyat Gaza sanggup terus bersama Hamas ?

Bagaimanakah kerajaan Hamas membentuk 1.7 juta rakyat Gaza sehingga mereka tetap setia dan bertahan bersama kerajaan Hamas meskipun hidup dalam tekanan dan serba kekurangan?
Pemimpin Biro Politik Hamas, Khaled Mashaal berkongsi perkara tersebut bersama wartawan ISMA Mesir dalam satu temubual eksklusif di Kaherah.
Berdakwah dan mentarbiyah masyarakat dalam tempoh masa yang panjang adalah antara kunci kejayaan Hamas.
“Antaranya berdakwah dengan baik, membentuk jaringan dan fikrah melalui proses dakwah, memberi peringatan dan mendidik masyarakat dalam tempoh yang panjang. Kemudian, akan lahir generasi baru yang mengimani fikrah Islam tanpa paksaan, bahkan atas dasar keyakinan.”
Gerakan Hamas asalnya adalah cabang gerakan Ikhwan Muslimin yang bermula sejak tahun 1967.
Kenapa Rakyat Gaza Terus Menyokong Hamas
Dengan usaha dakwah yang berterusan, Hamas semakin diterima dan akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan selepas menang dalam pilihanraya tahun 2006.
Khaled Mashaal berkata, faktor qudwah atau contoh teladan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat.
Buktinya, ramai tokoh Hamas yang menjadi ikutan seperti Syeikh Ahmad Yasin, Dr Rantisi, Yahya Ayyash dan ramai lagi.
“Perkara kedua ialah contoh teladan yang baik. Apabila muncul dalam masyarakat ulamak, pendakwah dan pemimpin dan tokoh-tokoh yang menjadi contoh, yang melaksanakan apa yang mereka katakan dan apa yang mereka dakwahkan, dengan itu, masyarakat akan terkesan. Masyarakat perlukan qudwah dan tokoh yang memimpin dan mendidik mereka. Jadi perkara ini sangat penting.”
Selain itu, Hamas juga memberi khidmat kepada rakyat dan memperjuangkan isu-isu rakyat seperti kemerdekaan negara dan menentang musuh. Dengan memenuhi perkara tersebut, rakyat tetap berdiri teguh bersama Hamas sekalipun dilanda seribu satu masalah.
“Ketiga, berkhidmat kepada masyarakat. Jika anda berkhidmat untuk rakyat, mereka akan terkesan dengan fikrah dan akhlak dan perjuangan anda. Jadi khidmat ini satu perkara yang besar. Yang keempat, mengambil isu-isu rakyat. Contohnya, apa isu rakyat Palestin? Isunya ialah membebaskan negara dan menentang musuh. Maka jika anda bertanggungjawab mengatasi isu tersebut, rakyat akan berdiri di belakang anda.”
SUMBER - Portal Islam & Melayu


0 comment... add one now