Keputusan Undian Kumpulan Piala Suzuki AFF 2014

Piala Suzuki AFF 2014
Keputusan Undian Kumpulan Piala Suzuki AFF 2014Malaysia berdepan laluan getir pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal diadakan di Singapura dan Vietnam dari 22 November sehingga 20 Disember ini.

Pada majlis undian yang diadakan di Hanoi, Vietnam, hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), www.aseanfootball.org, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh diundi dalam Kumpulan B bersama Singapura yang juga juara bertahan selain juara tiga kali kejohanan, Thailand. 



Juara 2008, Vietnam diletakkan dalam Kumpulan A bersama empat kali naib juara, Indonesia dan Filipina. 

Laos akan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan yang dijadualkan berlangsung dari 12 sehingga 20 Oktober ini bersama empat pasukan lain - Timor Leste, Brunei Darussalam, Kemboja dan Myanmar bagi merebut dua slot terakhir kejohanan.

Pemenang dan naib juara pusingan kelayakan, masing-masing bakal menghuni Kumpulan B dan A.

Perlawanan Kumpulan A akan berlangsung di Vietnam manakala Kumpulan B akan beraksi di Singapura.

AFF masih mengekalkan format liga dengan dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke separuh akhir. 

Dua pemenang perlawanan separuh akhir bakal beraksi dalam perlawanan timbal balik bagi menentukan juara kejohanan bola sepak rantau Asia Tenggara itu.

Untuk rekod, Singapura adalah pemenang terbanyak kejohanan sebanyak empat kali (1998 dan 2004 - ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger), 2007 dan 2012 selain Thailand sebanyak tiga kali (1996, 2000 dan 2002).

Malaysia pula meraih kejuaraan sulung Piala Suzuki pada 2010 yang dihoskan bersama Indonesia dan Vietnam selain pernah muncul naib juara pada 1996 selepas kalah 0-1 kepada Thailand.

Skuad Harimau Malaya kini berada di Tajikistan bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang negara berkenaan yang bakal diadakan, Jumaat ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menetapkan sasaran ke final kepada skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala Suzuki 2014. - BERNAMA


INFO PIALA SUZUKI AFF
Kumpulan A

Vietnam, Indonesia, Filipina

Kumpulan B
MALAYSIA, Singapura, Thailand

(Nota: Pusingan kelayakan di Laos, 
12 hingga 20 Oktober. Pemenang 
dan naib juara masing-masing bakal 
menghuni Kumpulan B dan A.)

KEPUTUSAN TERKINI DAN KESELURUHAN SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014 DI SINI



0 comment... add one now