Kerajaan Pakatan Rakyat Hilang Kuasa Di Selangor

krisis politik selangor

Kerajaan Pakatan Rakyat Hilang Kuasa Di Selangor Kerajaan Pakatan Rakyat hilang kuasa di Selangor apabila enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PKR dan DAP dipecat serta merta petang tadi.

EXCO DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah manakala EXCO PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping, Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi. 


Berikutan itu, kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hanya dianggotai empat EXCO PAS. 

Abdul Khalid, ketika ditemui pemberita di Shah Alam petang tadi, berkata beliau sudah mempersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, surat memohon perkenan untuk memecat ahli EXCO terbabit kerana cuba mengehadkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

"EXCO DAP dan PKR hari ini sudah tandatangani satu surat supaya diadakan satu blok (berpakat) bertujuan untuk mengurangkan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri. 

"Oleh sebab itu, saya telah minta dan tulis surat kepada baginda Sultan agar anggota EXCO ini tidak teruskan kerja mereka sebagai EXCO," katanya.

Pagi tadi, enam EXCO berkenaan mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing dan hanya mengiktiraf Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dalam peralihan sementara Pakatan Rakyat memilih pengganti dalam masa terdekat. 
Berikutan itu, PKR dan DAP kini mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkembangan terbaharu dalam kemelut politik Selangor itu - BH online



0 comment... add one now