Kuala Lumpur Diiktiraf Bandaraya Tenaga Dunia

Bandaraya Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Diiktiraf Bandaraya Tenaga DuniaKuala Lumpur diiktiraf sebagai Bandar Raya Tenaga Dunia oleh World Energy Cities Partnership (WECP). 

Pengiktirafan itu diberikan kepada Kuala Lumpur oleh WECP pada Mesyuarat Agung Tahunannya di Stavanger Sabtu lepas. 

WECP, yang dibentuk pada 1995, merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan bagi bandar raya tenaga utama dunia yang diiktiraf seluruh dunia sebagai ibukota tenaga antarabangsa.   

Presiden WECP dan Datuk Bandar Stavanger di Norway, Christine SagenHelgo berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa beliau melihat Kuala Lumpur sebagai bandar raya penting di Asia Pasifik yang menyumbang kepada ekonomi serantau dan dijangka memainkan peranan utama dalam pembangunan berterusan sektor tenaga.  

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hadir di majlis itu bagi menerima pengiktirafan tersebut.  

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Malaysian Petroleum ResourcesCorporation (MPRC), Dr Shahreen Madros. 

Ahmad Phesal berkata beliau berharap dapat mengukuhkan lagi sumbangan Kuala Lumpur kepada WECP. 

"Ia adalah dengan tanggungjawab besar dan kebanggaan kita menerima perkongsian penting ini," katanya.  

Sementara itu, Shahreen berkata perkongsian tersebut membuka peluang bagi pembangunan bersama dalam pelbagai bahagian strategik termasuk minyak dan gas kerana ia merupakan teraju utama ekonomi Malaysia.  

"Sejajar dengan strategi kerajaan untuk mengekal, mengembang danmem pelbagaikan keupayaan tenaga kita, Kuala Lumpur sebagai bandar raya rakan kongsi boleh memanfaatkan rangkaian seluruh dunia sumber dan perkhidmatan sokongan industri WECP.  

"Ini merupakan satu daripada asas binaan bagi Malaysia dalam meletakkan dirinya sebagai hab minyak dan gas serantau," katanya. - mStar online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now