Latar Belakang Senarai Anak Kapal MH17

mh17 crew background

Latar Belakang / Biodata Senarai Anak Kapal MH17BERIKUT adalah senarai nama anak kapal MH17 beserta latar belakang (MH17 Crew background):

1. Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, Juruterbang 

Kapten Wan Amran dari Kuala Kangsar, Perak, diingati sebagai seorang yang baik hati dan suka beramal serta suka berjenaka, kata anak saudaranya, Nur Suraya Dusuki, 29.
Dia telah memandu pesawat Boeing selama lebih dari 20 tahun dan merancang untuk menunaikan haji pada akhir tahun ini. Kapten Wan Amran meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki, berusia sembilan dan tujuh tahun.

2. Kapten Eugene Choo Jin Leong, 45, Juruterbang 

Kapten Eugene Choo dari Seremban adalah seorang lelaki yang merendah diri dan sentiasa mesra, kata rakan-rakan dan jiran-jirannya.
Bekas pelajar SM Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, ini adalah seorang penunggang tegar. Kapten Eugene meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki, berumur 13 dan 10 tahun. 



3. Ahmad Hakimi Hanapi, 29, Pembantu Juruterbang 

Ahmad Hakimi dikatakan seorang yang tenang, sangat baik dan suka membantu. Walaupun gemar berjenaka, Hakimi sentiasa bersikap lembut, tidak pernah menaikkan suaranya walaupun berhadapan dengan keadaan tertekan. 

4 Muhd Firdaus Abdul Rahim, 27, Pembantu Juruterbang 

Muhd Firdaus telah mencapai impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi seorang juruterbang apabila dia memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines (MAS). Dia meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki. 

5. Mohd Ghafar Abu Bakar, 54, Penyelia Penerbangan 

Mohd Ghafar adalah ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Indah, Ampang, di mana dia tinggal. Dia diingati oleh kawan-kawannya sebagai seorang yang berprinsip, soleh dan baik hati.

6. Dora Shahila Kassim, 47, Ketua Pramugari 

Dora Shahila, seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai ibu yang sangat rapat dengan anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Diyana Yazeera, yang sedang menuntut di Seremban. Diyana kerap menulis Tweet tentang betapa dia amat rindukan ibunya yang disifatkan sebagai 'superhero' sejak kemalangan itu dan dia sentiasa mengirimkan doa untuk Dora.

7. Azrina Yakob, 41, Ketua Pramugari 

Azrina Yakob, anak kedua daripada empat beradik, telah bekerja dengan MAS selama 20 tahun. Ibu Azrina, Habibah Ismail berkata anaknya sentiasa berhubung dengannya dan telah merancang untuk kembali ke kampungnya bersama keluarganya pada Hari Raya.

8. Lee Hui Ping, 42, Pramugari 


9. Mastura Mustafa, 40, Pramugari 

Mastura adalah seorang pakar di dapur, gemar makanan tempatan. Anak lelakinya berusia 10 tahun Muhriz Marzaidi berkata ibunya biasanya akan memasak makanan kegemarannya selepas pulang dari bekerja di luar negara. Kali terakhir Muhriz melihat ibunya apabila mereka berbuka puasa bersama-sama dengan hidangan kegemarannya sebelum Mastura menaiki penerbangan MH17.

10. Chong Yee Pheng, 40, pramugari 

11. Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, Pramugara 

Shaikh Mohd Noor adalah seorang yang romantik, penyayang dan ceria, kata isterinya, pramugari Mardiani Mahdi. Shaikh Mohd Noor meninggalkan tiga anak berusia 13, 12 dan enam tahun dengan bekas isterinya dan seorang anak perempuan berusia dua tahun dengan Mardiani. 

12. Sanjid Singh Sandhu, 41, Pramugara 

Juga dikenali sebagai Bob, Sanjid digambarkan sebagai seorang anak yang bermurah hati, taat dan disayangi bapanya, Jijar Singh, 71. Sanjid juga seorang yang baik-hati, berkawan tanpa mengira bangsa atau agama. Dia juga meninggalkan seorang isteri, pramugari MAS Tan Bee Geok, dan anak mereka Hans.

13. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, Pramugari 

Hamfazlin meninggalkan suami dan dua orang anak lelaki, berumur lapan dan dua tahun.

14. Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, Pramugari 

Telah menjadi pramugari selama sembilan tahun dan gemar melancong, Nur Shazana mencapai impiannya untuk melihat dunia dengan MAS. Anak sulung daripada empat adik-beradik ini juga peminat bola sepak. Sebelum kemalangan MH17, Nur Shazana telah membuat rancangan untuk menyambut Hari Raya di Pulau Pinang dengan keluarganya.

15. Angeline Premila Rajandaran, 30, Pramugari 

Satu-satunya gadis di kalangan tiga adik-beradik, Angeline digambarkan sebagai seorang yang baik hati dan merupakan seorang pencinta haiwan. Mesejnya yang terakhir untuk keluarganya di Klang, Selangor, adalah: "Jaga anjing saya Lexi."- mStar online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now