Muhammad Dan Amelia Nama Paling Popular Di England Dan Wales

Nama Paling Popular Di England Dan Wales

Muhammad Dan Amelia Nama Paling Popular Di England Dan Wales | MUHAMMAD disenaraikan sebagai nama paling popular untuk bayi lelaki di England dan Wales tahun lalu, menurut undian statistik nasional (ONS) yang dikeluarkan Sabtu.

Berdasarkan senarai rasmi kaji selidik yang dijalankan itu, Oliver mendahului senarai dengan 6,949 undian.

Bagaimanapun, perbezaan ejaan Muhammad sama ada Mohammed atau Mohammad yang maksudnya tetap sama itu membolehkan ia digabungkan dan terus menggungguli senarai dengan mencatatkan undian keseluruhannya berjumlah 7,445.

Berdasarkan kaji selidik itu, Oliver menggantikan kedudukan Harry sebagai nama kedua popular untuk bayi lelaki, manakala George jatuh ke tangga ke-10.

Bagi bayi perempuan pula, Amelia terus kekal menjadi pilihan ramai untuk tahun ke tiga berturut-turut, mengatasi Olivia dan Emily.

Kedudukan bandaraya London yang didiami penduduk pelbagai budaya dan agama serta barat menjadi lokasi di mana bayi bernama Muhammad paling ramai, manakala bayi dinamakan Oliver pula paling ramai di tenggara, barat daya dan Wales.

Tahun lalu juga menyaksikan nama George tersenarai antara 10 nama paling popular berikutan kelahiran anak sulung Duke dan Duches Of Cambridge, Putera George pada Julai.

Bagaimanapun, nama kerabat diraja seperti William, Harry dan George tetap tersenarai antara yang paling popular untuk menamakan bayi lelaki -mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now