Penerbangan Malindo Air Tertangguh Akibat Ancaman Bom

Malindo Air

Penerbangan Malindo Air Tertangguh Akibat Ancaman Bom | SUBANG : Penerbangan Malindo Air membawa 37 penumpang yang dijadualkan berlepas ke Pulau Pinang dari Subang pada jam 3.40 petang tadi ditangguhkan selepas dilaporkan menerima ancaman bom.
Bagaimanapun, pemeriksaan rapi Unit Pemusnah Bom yang selesai pada jam 7.15 petang tadi mendapati ia selamat daripada sebarang ancaman itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kasim yang ditemui media di Lapangan Terbang Subang Jaya di sini sebentar tadi memaklumkan menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 4.10 petang.
Beliau berkata, pesawat kemudian diasingkan ke tempat selamat, sementara penumpang diarahkan turun bagi membolehkan pemeriksaan rapi dijalankan.
"Anggota K9 bersama dua anjing pengesan turut dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu pemeriksaan. Selepas pemantauan rapi dijalankan, kita dapati ia selamat daripada sebarang ancaman bom," katanya.
Susulan pengesahan itu, beliau berkata, pesawat dijadualkan berlepas kembali ke Pulau Pinang jam 9.30 malam ini, dengan dua penumpang membatalkan penerbangan kerana keletihan - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



0 comment... add one now