Rahsia Dapatkan Pintu Rezeki Terbuka Luas

*RAHSIA MURAHKAN REZEKI*. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sedekahkanlah al-Fatihah kepada kedua ibubapamu setiap pagi (samada mereka masih hidup ataupun yang telah tiada)". Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu..."
"Tidak akan terputus rezeki seseorang anak itu selagi dia tidak meninggalkan doanya kepada kedua orang tuanya dalam sehari... "
rahsia murah rezekiJanganlah sesekali kita meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (samada mereka masih hidup atau sudah meniggal dunia).Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa itu adalah keredhaan Allah SWT.
Semasa kita berdoa, hendaklah berdoa dengan bersungguh-sungguh sambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua-dua ibubapa kita. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT atau tiada keberkatan di dalam rezeki atau harta mereka.
Rahsia Dapatkan Pintu Rezeki Terbuka Luas. Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah seperti makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.
Rezeki yang datang dari Allah kepada kita bukan hanya kerana adanya sijil SPM, STPM, Diploma atau Ijazah tetapi dengan hati yang tulus ikhlas yang berdoa untuk ibu dan bapa kita.....
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kedua-dua ibubapaku, berkatikanlah mereka, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari sebarang azab dan bahaya, lindungilah mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman.... aminn yarabal 'alamin...."
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah. Wallahu'alam - FB Islam Agama Ku

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now