Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017 Astro

Super Spontan Superstar 2017 Astro. Siaran langsung/ Live streaming Super Spontan Superstar? Pentas Program Realiti Komedi Spontan Popular musim baru iaitu Super Spontan Superstar 2017 kembali lagi bermula 8 September 2017. Super Spontan kali ini menampilkan beberapa selebriti pelawak hebat dan personaliti media sosial. Oleh itu siapakah Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017 Astro?

Super Spontan Superstar akan bersiaran pada setiap Jumaat selama 8 minggu berturut-turut, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). 16 peserta akan bersaing dan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Tenggiling Taiko dan King Musang.

live streaming Super Spontan Superstar 2017 Astro

Super Spontan Superstar 2017 Astro

Program Super Spontan Superstar bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang, pada setiap Jumaat pukul 10 malam. 
  • Tempoh : 8 Minggu 
  • Hos : Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak 
  • Pengulas/ Komentator : Afdlin Shauki 
  • Komentator Jemputan : Selebriti jemputan yang akan dijemput setiap minggu 

Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017

Berikut adalah Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017 yang bakal mewarnai salauran Astro bulan September dan Oktober 2017 nanti. 16 peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan seperti berikut :-

KING MUSANG

  1. Shuib Sepahtu (Ketua Kumpulan)
  2. Amy Mastura
  3. Atu Zero
  4. Fad Bocey
  5. Kamal Adli
  6. Shuk Joras
  7. Fikri Ibrahim
  8. Zulin Aziz

TENGGILING TAIKO

  1. Achey Bocey (Ketua Kumpulan)
  2. Ozzyln
  3. Mamak Puteh
  4. Sharif Zero
  5. Rahim Joras
  6. Shahrol Shiro
  7. Danial Zaini
  8. Sharifah Shahira

Format Pemarkahan Super Spontan Superstar 2017

Pemarkahan program ini adalah menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkirkan seorang peserta daripada kumpulan mereka. Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya. 

Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi pada 8 September 2017, Jumaat pada jam 10.00 malam.

Hadiah Pemenang Super Spontan Superstar 2016

Pemenang Super Spontan Superstar bakal memenangi hadiah lumayan kali ini seperti berikut :-
  1. Juara Super Spontan Superstar : hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi
  2. Naib juara - RM50,000 dan trofi
  3. Tempat ketiga - RM25,000 dan trofi
  4. Tempat keempat - RM5,000 
  5. Kelima - RM5,000 
  6. Keenam - RM5,000  
  7. Ketujuh - RM5,000
  8. Kelapan - RM5,000

Siapakah yang bakal menjuarai Super Spontan Superstar 2017 dan seterusnya mengikuti jejak langkah Johan serta Zizan Razak? Nantikan program komedi popular ini di Astro bermula 8 September 2017.

0 comment... add one now