Soalan Lazim MRSM Pengambilan Dan Penempatan Pelajar



Soalan Lazim MRSM
Soalan Lazim MRSM Pengambilan Dan Penempatan Pelajar
Berikut adalah antara soalan-soalan yang biasa ditanya oleh pemohon MRSM yang dipetik dari Portal Rasmi MARA untuk rujukan semua
S1.       Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimanakah saya dapat tahu tentang keputusan rayuan saya?
J1.        Oleh kerana MARA selalunya menerima ribuan surat rayuan, ada kemungkinan rayuan pemohon tidak terjawab oleh MARA. Calon diingatkan supaya merujuk kepada Kad jawapan yang jelas menerangkan bahawa pemohon yang tidak menerima jawapan sehingga akhir April pada tahun tersebut, adalah tidak berjaya. Pemohon juga boleh berhubung dengan pihak kami melalui talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766.
S2.       Bagaimanakah cara saya membuat surat rayuan yang terbaik dan adakah perlu saya mendapatkan surat sokongan daripada pihak tertentu?
J2.       Surat surat rayuan yang terbaik adalah surat yang resmi. Sokongan dari pihak tertentu adalah inisiatif masing masing. Walaubagaimana pun, pertimbangan ke atas rayuan masih bergantung kepada merit yang dicapai oleh pemohon. Ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan MARA. Sokongan rayuan adalah dialu-alukan dengan mengepilkan sijil sijil yang telah disahkan sebagai bukti penglibatan dalam mana mana aktiviti.
S3.       Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya buat rayuan dan adakah rayuan anak saya akan mendapat pertimbangan?
J3.       Ya, boleh. Setiap pemohon berhak membuat rayuan jika dia tidak menerima tawaran pada kali pertama. Walau bagaimana pun pemilihan pemohon rayuan masih berasaskan merit pemohon.
S4.      Saya telah berhubung dengan MRSM…/En. … dan dimaklumkan ada kekosongan di sana. Bolehkah saya daftarkan anak saya di MRSM tersebut?
J4.       Tidak boleh. MRSM yang ditawarkan oleh MARA adalah muktamad.
S5.      Bolehkah saya daftar anak saya di kolej di mana saya memohon seperti di dalam surat rayuan, bukan di kolej yang ditentukan oleh MARA?
J5.       Tidak boleh.
S6.      Boleh kah saya memohon untuk memasuki MRSM yang terdekat rumah saya?
J6.       Tidak boleh. Penempatan pelajar yang berjaya ke MRSM dibuat oleh pihak MARA dan keputusan adalah muktamad. Penempatan berasakan kedudukan kewangan pelajar (Social Economy Status - SES).
S7.      Berapa kali kah pengambilan pelajar dibuat oleh MARA setiap tahun?
J7.       Proses pengambilan pelajar dibuat 3 kali setahun. Proses pengambilan ini dibuat berterusan daripada Februari hingga 30 April setiap tahun.


0 comment... add one now