Syarat-syarat Permohonan PTPTN

Syarat-syarat Permohonan PTPTN

Syarat-syarat Permohonan PTPTNSyarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia;
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; 
  8. Tiada penaja lain; dan
  9. Telah membuka akaun SSPN-i.
SUMBER - Portal Rasmi PTPTN



1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 08 Ogos, 2014
wah kira macam layak lagi ni...he he he... great piece of sharing and thanks for sharing dear...