Tan Sri Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR

Tan Sri Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR
Tan Sri Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu sebulat suara memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli parti  berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan itu telah dibuat pada
Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) selepas meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Abdul Khalid.

"Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar Selangor," kata Tan di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan petang tadi.


Sementara itu kos untuk mengadakan pilihan raya negeri di Selangor menelan belanja sebanyak RM50 juta, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. 

Beliau berkata parti politik yang terlibat dengan krisis Menteri Besar Selangor harus cuba mengelakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kerana ia menyebabkan pembaziran masa dan wang. 

"Tiada ragu-ragu, SPR sedang bersiap sedia dan tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya negeri sekiranya terpaksa berbuat demikian. 

"Bagaimanapun, adalah tidak masuk akal untuk mengadakan pilihan raya hanya selepas 15 bulan pilihan raya umum ke-13 diadakan - mStar online & Astro Awani



0 comment... add one now