Aceh Cadang Hukuman 100 Sebatan Untuk Golongan Homoseksual


Hukuman 100 Sebatan Untuk Golongan Homoseksual Aceh Cadang Hukuman 100 Sebatan Untuk Golongan Homoseksual  | BANDA ACEH: Golongan homoseksual boleh dihukum 100 sebatan di wilayah Aceh, Indonesia jika Parlimen meluluskan draf undang-undang itu yang mendapat kritikan kerana dianggap melanggar undang-undang hak asasi manusia.

Draf rang-undang-undang tersebut yang dihantar kepada AFP pada Sabtu mengharamkan seks luar tabii di antara pasangan lelaki, serta aksi "menggosok bahagian badan untuk rangsangan" di antara pasangan wanita.

Malah, buat kali pertama, undang-undang Islam ini turut diguna pakai kepada kalangan warga bukan Islam.

Undang-undang sama turut mengenakan hukuman 100 sebatan rotan kepada pelaku zina di antara pasangan lelaki dan wanita.

Undang-undang syariah sebelum ini juga melarang pengambilan alkohol, judi, pergaulan bebas lelaki dan wanita yang belum berkahwin.

Hukuman sebat untuk pesalah sering dijalankan di Aceh menggunakan rotan nipis yang panjang bertujuan untuk memalukan, dan bukan untuk mencederakan si pelaku.

Undang-undang ini membenarkan bayaran denda dalam bentuk emas atau hukuman penjara sebagai alternatif kepada sebatan.


Astro Awani

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now