Admin Akaun FB 'kongsi gelap Melayu' Ditahan Dibawah Akta Hasutan

FB 'kongsi gelap Melayu' Admin Akaun FB 'kongsi gelap Melayu' Ditahan Dibawah Akta Hasutan | Seorang lelaki yang disyaki admin kepada akaun parodi Facebook dengan nama “Persatuan Kongsi Gelap Melayu” telah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Syafiq Abdul Wahid ditahan di rumahnya pada jam 3 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Serdang.

Menurut peguamnya, Michelle Yesudas, Syafiq direman tiga hari.

“Pegawai penyiasat beritahu saya, polis akan mohon lanjutkan reman pada Ahad ini,” katanya.

Laman Facebook berkenaan telah menerima 5,469likes, setakat jam 4.45 petang.

Pagi tadi, aktivis sosial Adam Adli Abd Halim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur didapati bersalah atas pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada Mei 2013.

Adam Adli dihukum penjara 12 bulan, namun menerima penangguhan bagi pihak peguambela mengemukakan rayuan.


Astro Awani

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now