Atlet Wushu Lelaki Malaysia Di Sukan Asia 2014 Positif Dadah?

Atlet Wushu Lelaki Malaysia Positif Dadah?Atlet Wushu Lelaki Malaysia Di Sukan Asia 2014 Positif Dadah? Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi terhadap atlet wushu lelaki negara pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan yang didakwa positif dadah dalam ujian air kencing oleh Majlis Olimpik Asia (OCA).
Khairy berkata baginya adalah terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi apa belum ada apa-apa keputusan muktamad yang dibuat oleh jawatankuasa penganjur.
Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia Datuk Danyal Balagopal Abdullah dan Ketua Perubatan Malaysia di sukan itu, Dr Arshad Puji sedang bersemuka dengan jawatankuasa penganjur sebab ada pertanyaan yang perlu dijelaskan tetapi tidak ada apa-apa keputusan setakat ini.
"Jadi, saya minta jangan buat spekulasi. Perkara ini dalam pengetahuan saya," katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan agensi berita China, Xinhua menyebut sumber yang rapat dengan OCA mendedahkan selain atlet wushu negara, pemain bola sepak Tajikistan dan pemain tenis Kemboja turut didapati positif dadah.
Dalam skuad wushu negara, terdapat empat atlet lelaki yang mengambil bahagian dalam acara itu.
Mengenai persembahan hambar pasukan sepak takraw, Khairy berkata perkara itu telah dijangka.
"Sepak takraw memang kita sasarkan pada separuh akhir sebab kita tahu pasukan kita tidak berupaya melepasi kehebatan Thailand. Memang sepak takraw itu kita sudah tahu kemampuannya, ia tidak akan dapat kejayaan ... itulah tahap sepak takraw kita sekarang," katanya.
Bagaimanapun, katanya kementeriannya mempunyai perancangan untuk mengadakan pelan pembangunan yang baharu.
"Pelan pembangunan itu terpaksa bermula selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) di Johor Baharu pada 13 September lalu.
"Kita akan membuat persiapan rapi yang lebih tersusun bagi membangunkan semula sepak takraw untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan sepak takraw negara," katanya. - BERNAMA
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now