Azmin Ali MB Selangor Yang Baru 2014

Azmin Ali MB Selangor Yang Baru 2014 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa , Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, berkuatkuasa esok.
Azmin Ali MB SelangorPerkara itu terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, kepada Timbalan Presiden PKR itu hari ini.
Salinan surat berkenaan diedarkan kepada media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.
Mohamed Azmin diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi esok.
Mohamed Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now