Berita Palsu Makam Nabi Muhammad SAW Akan Dipindah

Makam Nabi Muhammad SAW

Berita Palsu Makam Nabi Muhammad SAW Akan DipindahBerita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan oleh akhbar Britain 'The Independent' adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (ISISCO).

Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama hari ini, ISISCO yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson.

Akhbar itu pada hari ini menyiarkan artikel itu yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.

Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad S.A.W akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu.

ISISCO berkata laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.

Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya.

ISISCO menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah S.A.W akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.

ISISCO juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu. - Bernama & Harakah Daily



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now