Berita Palsu Peperiksaan UPSR 2014 Dibatalkan

UPSR 2014 Dibatalkan
Lembaga Peperiksaan (LP) pada lewat petang Khamis menafikan berita yang tersebar di laman sosial bahawa keseluruhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan.

Penafian itu dimuat naik di laman web rasmi lembaga berkenaan.
UPSR 2014 Dibatalkan
Berita palsu yang disebarkan menggunakan nama The Star.
Sejak petang tadi, berita palsu berhubung pembatalan UPSR 2014 mula tersebar termasuk menggunakan nama The Star.

Malah turut disebar maklumat kononnya Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh akan membuat pengumuman rasmi berhubung keputusan itu pada malam ini.
UPSR 2014 Dibatalkan
Lagi berita palsu kononnya UPSR 2014 dibatalkan.
Bagaimanapun sehingga kini peperiksaan semula hanya hanya membabitkan dua mata pelajaran iaitu kertas Bahasa Inggeris dan Sains.

Peperiksaan semula itu terpaksa diadakan berikutan kebocoran terbaharu melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan pada Rabu.

Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 September ini - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now