Biodata Iskandar Abdul Samad Bakal MB Selangor Yang Baru?

Biodata Iskandar Abdul SamadSHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini menafikan khabar-khabar angin kononnya beliau dipanggil untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pencalonan bagi jawatan menteri besar.

Katanya buat masa ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh mana-mana pihak termasuk pihak istana Selangor.

"Tiada (tidak diminta untuk menghadap)...esok tak ada, lusa tak ada, minggu depan pun tak ada," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sebuah portal berita hari ini mendakwa tiga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada Pas dipanggil untuk menghadap Sultan Selangor dengan menamakan mereka sebagai Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Ketiga-tiga Anggota Exco itu didakwa dipanggil menghadap berikutan nama mereka disenaraikan sebagai calon Menteri Besar yang baharu oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan mengikut keputusan parti dan Pakatan Rakyat untuk berundur bagi membuka jalan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan ketua eksekutif negeri.

Khamis lepas, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Abdul Hadi telah menghantar tiga nama kepada istana untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar.

Mustafa berkata, ketiga-tiga nama itu dihantar bagi menghormati titah Sultan Selangor yang meminta supaya semua parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu. - Bernama



BIODATA ISKANDAR ABDUL SAMAD
YB Ir. Iskandar Abdul Samad (47 tahun) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) CempakaSelangor dari parti PAS. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan terkini menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.


Beliau tinggal di Taman Kencana, Pandan Indah. Beliau berkahwin dengan Salasiah Zakaria serta dikurniakan enam orang anak, iaitu lima lelaki dan seorang perempuan.

Bapanya Abdul Samad Ahmad merupakan penyunting di Utusan Melayu. Rakan bapanya seperti Haji Subky Latif, Abdul Shukor Harun, bekas Pengarang Harakah, dan Suhaimi Mokhtar bekas Ketua Pengarang Harakah. Ibunya Maimunah Dasmi, seorang suri rumah.

Lagu kegemaran ialah nyanyian M. Nasir dan lagu Kembara terutama lirik tulisan S Amin Shahab.Hobinya ialah memasak dan membantu isteri di dapur.

Laman web yang selalu dikunjungi ialah BBC News, Tranungkite Online dan Harakahdaily. Surat khabar yang dibaca ialah The Star dan Sinar Harian.Sukan yang diminati ialah bowling dan bermain sesama rakan di di Pandan Lake Club. . Ibunya berasal dari Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Iskandar belajar di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya. Tahun 1974, sambung belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian di United Kingdom dan mendapat ijazah arkitek dari Humberside.

Dato' Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merupakan rakan sekolah semasa di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Iskandar menyertai PAS pada 1991 sementara Saifudin menyertai UMNO.

Selepas balik dari UK, tahun 1988 bekerja dengan firma arkitek. Selama setahun di United Kingdom . Beliau pernah menjadi pensyarah di UiTM bagi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Beliau berhenti jadi pensyarah beliau kembali menjadi arkitek - Sumber Wikipedia


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now