Cara Buat Resume Mudah Dan Pantas

resume cv
Cara Buat Resume Mudah Dan PantasCara nak buat resume atau CV dengan mudah, menjimatkan masa, terbaik dan tidak perlu serabutkan kepala nak buat format atau kedudukan macam mana, anda boleh cuba dengan Resume Generator. Dibangunkan oleh Pusat Maklumat Kerjaya JobsMalaysia untuk memudahkan anda menghasilkan resume. Hanya isikan maklumat anda, pilih template dan simpan atau terus print. Mudah bukan?

Cara-cara buat resume mudah di Resume Generator

KLIK DI SINI >>> RESUME GENERATOR

Langkah 1 : Lengkapkan Maklumat

Perkataan yang bertanda * adalah wajib diisi.
Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah benar dan tidak mengelirukan majikan.
Pilih maklumat mana yang mahu dimasukkan dengan mengklik checkbox.

resume cv

Upload gambar terkini anda, lebih baik gambar terkini dan berpakaian sesuai.

Isikan segala maklumat anda hingga ke bawah.

resume cv

Langkah 2 : Pilih Template

Klik pada thumbnail untuk melihat template.
Pilih Resume yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon.
Untuk menggunapakai template, klik pada checkbox, kemudian tekan butang 'Guna Template'.


resume cv

Selesai pilih template yang anda ingin guna, seterusnya ke Langkah ke 3.. Anda klik Guna Template.

Langkah 3 : Siap

Sila Muat Turun ataupun Cetak Resume yang telah anda hasilkan kerana maklumat anda tidak disimpan didalam database mereka.
Format resume adalah dalam bentuk Adobe Acrobat (PDF)

resume cv

Selamat mencuba dan semoga berjaya.


SUMBER dengan sedikit olahan Rossa Calla..


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now