Cara Kenalpasti Ubat Yang Berdaftar Dengan KKM

Cara Kenalpasti Ubat Yang Berdaftar Dengan KKMBagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?


ubat tulenSemua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai  kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM. 
Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :
Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
– Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
Anda juga boleh menyemak kesahihan status nombor pendaftaran atau maklumat berkaitan produk tersebut di  laman www.pharmacy.gov.my.
SUMBER - Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now