Daun Ketum Bakal Diwartakan Mengikut Akta Dadah Berbahaya

daun ketum

Daun Ketum Bakal Diwartakan Mengikut Akta Dadah Berbahaya | Kementerian Dalam Negeri akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan daun ketum akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
"Sehubungan itu penanaman pokok ketum, memproses daun ketum menjadi air dan pengedaran bahan ketum adalah menjadi kesalahan yang akan dibanteras," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau yang juga naib presiden Umno merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu.
Penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan di bawah Akta Racun 1952.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata kerajaan bercadang untuk membina pagar berelektronik di kawasan sempadan negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelak kegiatan penyeludupan.
Beliau berkata pagar sempadan sedia ada didapati rosak akibat perbuatan penyeludup menyeludup keluar barangan bersubsidi dan menyeludup masuk dadah.
"Hampir RM5.2 bilion barangan bersubsidi seperti diesel dan petrol diseludup keluar ke negara jiran dan ia amat merugikan kerajaan," katanya - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now