Diskaun Khas Kompaun DBKL Sehingga 31 Disember 2014

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyenarai hitam pengguna jalan raya yang masih belum menjelaskan kompaun trafik DBKL meskipun diberi tempoh diskaun khas sejak 18 Ogos sehingga 31 Disember tahun ini.
Diskaun Khas Kompaun DBKLPengurus Perancangan Korporatnya, Dr Ismail Stapa berkata sejak Oktober 2013, seramai 2,800 pesalah trafik DBKL disenarai hitam daripada memperbaharui cukai jalan, lesen memandu atau sebarang urusan pertukaran hak milik kenderaan.
"Mereka tidak akan dibenarkan membuat urusan berkenaan selagi tidak menyelesaikan kompaun terlebih dulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi sehingga 31 Ogos tahun ini, sejumlah 1,018 notis berjumlah RM41,910 telah dijelaskan di kaunter Pos Malaysia manakala 2,185 notis berjumlah RM87,660 dijelaskan dalam talian melalui MyEG.
"Orang ramai yang hendak membuat semakan atau bayaran boleh menggunakan dua kaedah berkenaan bagi mendapatkan diskaun khas serta mengelak daripada disenarai hitam," katanya.
Kadar khas bagi kompaun maksimum RM100 (motosikal) adalah RM30 manakala kadar khas kompaun maksimum RM300 bagi kereta dan jentera berat masing-masing RM50 dan RM100 - myMetro
Makluman Diskaun Khas Kompaun DBKL Sehingga 31 Disember 2014 
Diskaun Khas Kompaun DBKL

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now