Emas Acara Keirin Harapan Malaysia Hari Ini

keirin sukan asia 2014
Emas Acara Keirin Harapan Malaysia Hari Ini | INCHEON: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sasaran lapan pingat emas mungkin terjejas sekiranya acara keirin gagal menyumbang emas di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini, esok.
Katanya, acara itu adalah antara prospek emas yang tersenarai dalam sasaran Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Jaguh trek, Azizulhasni Awang akan mempertahankan gelaran dalam acara itu.
"Apa yang akan berlaku esok akan memberi kesan kepada sasaran kita," kata Khairy kepada pemberita selepas menyaksikan acara berbasikal, di sini hari ini.
Beliau berkata Azizulhasni perlu lebih bersedia untuk acara keirin memandangkan trek terbuka ini memberi kelebihan kepada pelumba dari Jepun.
Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan prestasi Fatehah Mustapa yang dilihat semakin meningkat selepas memenangi perak acara keirin wanita, Ahad lalu.
Fatehah layak ke separuh akhir acara pecut individu selepas menewaskan lawan dari Korea Selatan, Lee Hyejin 2-0 pada peringkat suku akhir.
Esok, Fatehah akan berdepan pelumba China, Zhong Tianshi dalam peringkat separuh akhir. - BERNAMA

JADUAL, KEPUTUSAN, KEDUDUKAN PINGAT DAN BERITA TERKINI SUKAN ASIA INCHEON DI SINI

Panduan Cara semak keputusan atlet Malaysia
1. Sila klik link 1 dan cari acara (displine) yang anda ingin tahu
2. Kemudian tekan search di hujung tengah kanan
3. Anda akan dapat informasi yang diinginkan samada telah tamat ataupun masih berjalan lagi



Race distance : 8 laps. Time 16.19 Waktu Korea
HeatRace NumberNameNOC
Final 1-64BAO SaifeiCHN - China CHN
25DANESHVARKHOURRAM MohammadIRI - IR Iran IRI
35WWATANABE KazunariJPN - Japan JPN
36WAKIMOTO YutaJPN - Japan JPN
61NG Josiah Onn LamMAS - Malaysia MAS
62AWANG Mohd Azizulhasni BinMAS - Malaysia MAS

Legend
WWarning
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now