Enam Langkah Selesaikan Hutang Dengan Bijak

Enam Langkah Selesaikan Hutang Dengan Bijak | Hutang adalah sesuatu yang ajaib kerana dengan hutang ada menjadi kaya-raya dan pada masa sama ada boleh jatuh bankrap. Hutang itu bukan menjadi satu masalah bagi seseorang yang bijak merancang kewangan kerana ada ketika ia boleh mendatangkan manfaat bagi yang tahu menjana wang dengan berhutang.
Namun begitu, ramai yang mengalami masalah hutang yang kronik kerana mereka meminjam untuk membeli barang-barang yang tidak akan bertambah nilai dan makin susut nilainya.
cara Selesaikan Hutang
Inilah dikatakan hutang lapuk. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah hutang lapuk, ambillah masa untuk mengurus hutang anda.

Langkah Bayar Hutang Dengan Bijak

Untuk jadi seorang yang bijak dalam merancang kewangan, bukan wang saja yang perlu diurus dengan baik, malah hutang juga perlu ditadbir dengan baik supaya ia tidak menjadi beban.
Pengurusan hutang bukanlah satu aktiviti yang merumitkan dan ia harus bermula dengan keinginan untuk menyelesaikan hutang lapuk dengan strategi yang betul.

Namun ia tidak dapat diselesaikan sekiranya kita mengambil pendekatan senyap atau lari daripada menjelaskan hutang.
Ada yang tahap kronik sehinggakan tak sanggup untuk buka kandungan surat dari bank yang mengandungi penyata hutang.

Namun, apa yang mereka dapat sekiranya memilih untuk lari dari masalah hutang? Adakah dengan lari masalah hutang akan selesai dan pihak bank akan memberikan mereka diskaun atas faedah hutang? Sudah tentu tidak sama sekali.
Bagi seorang Muslim, perkara hutang bukan perkara kecil.

Hutang pada seorang Muslim wajib dibayar, malah waris bertanggungjawab melangsaikan hutang si mati sekiranya ada.
Terdapat beberapa langkah boleh diambil untuk menguruskan hutang dengan berkesan.

Langkah pertama ialah berhenti daripada membuat hutang yang baru terutamanya hutang kad kredit.

Setiap pembelian seterusnya perlu dibuat secara tunai.

Sekiranya anda terpaksa berhutang, itu bermaksud anda belum mampu untuk miliki barang berkenaan.

Kumpul duit dan beli secara tunai.
Langkah kedua ialah dengan mempunyai senarai daftar hutang untuk menyusun kembali hutang.

Apakah jenis hutang yang anda miliki dan berapa nilai kesemuanya? Berapa jumlah ansuran bulanannya? Berapa lagi tempoh bayaran balik? Ada bercagar atau tidak? Mempunyai perlindungan atau tidak? Dengan daftar hutang, anda boleh buat analisis dan mengira berapakah jumlah faedah yang akan anda bayar untuk menjelaskan hutang itu.

Lumrahnya, hutang yang dikenakan kadar faedah yang paling tinggi seperti hutang kad kredit adalah hutang yang paling membebankan.
Oleh itu, anda perlu mengambil langkah untuk membayar hutang kad kredit dengan jumlah sebanyak yang mungkin dan dalam tempoh yang paling cepat.

Jangan sekali-kali membayar lewat kerana anda akan dikenakan caj kelewatan yang akan membebankan lagi keadaan.
Daftar hutang ini boleh dibuat dengan membina satu jadual yang menyenaraikan setiap hutang kad kredit atau pinjaman peribadi yang perlu dilunaskan.

Jalankan simulasi bagaimana hutang anda sebenarnya akan dapat dilunaskan lebih awal jika bayaran dibuat lebih daripada bayaran minimum.
Langkah ketiga ialah dengan menggunakan duit lebihan untuk membayar hutang.

Lebihan wang boleh datang dari penjimatan yang dijalankan setiap bulan, ataupun bonus tahunan.
Wang lebihan ini lebih untung untuk dibayar hutang daripada disimpan dalam simpanan tetap kerana simpanan tetap di bank pulangannya amat rendah berbanding faedah hutang kad kredit anda.
Langkah keempat ialah melalui pemindahan baki kad kredit.

Bagi anda yang mempunyai hutang kad kredit, anda perlu rajin mencari maklumat yang boleh menguntungkan anda dari segi mengurangkan faedah yang dikenakan ke atas hutang.
Terdapat beberapa bank menawarkan produk yang membolehkan anda memindah baki hutang kad kredit dengan sebuah bank kepada mereka tanpa sebarang faedah dikenakan.
Ini akan menjimatkan dan anda boleh menggunakan sejumlah wang yang sepatutnya anda bayar sebagai faedah pinjaman untuk mengurangkan baki pokok hutang anda.
Langkah kelima ialah menyelesaikan satu hutang dengan menggandakan pembayaran hutang lain.

Inilah untungnya bagi anda yang mempunyai daftar hutang, di mana anda boleh tetapkan keutamaan untuk selesaikan mana-mana hutang terdahulu.
Apabila ia sudah selesai, anda bukan saja lebih bermotivasi untuk selesaikan hutang-hutang lain dalam senarai, malah anda boleh gunakan lebihan wang untuk gandakan pembayaran hutang lain pula.
Langkah keenam ialah membina pendapatan kedua.

Pada dasarnya, hutang terbentuk bukan kerana tidak cukup wang, namun kita tidak berupaya mengawal nafsu untuk memiliki sesuatu yang diluar kemampuan.
Bagi sesiapa yang sudah mempunyai kesedaran untuk menguruskan hutang, maknanya anda sudah insaf dan tidak akan mengulangi ‘dosa’ yang lalu.

Dengan itu, fikirkan cara bagaimana untuk bina pendapatan kedua dan hasil dari pendapatan ini gunakan sepenuhnya untuk membayar hutang-hutang lapuk sedia ada.

Jangan pula dengan adanya wang tambahan ini anda mula memasang impian untuk tukar kereta baru - myMetro

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

5 comments.. read them below or add one

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 02 September, 2014
Masalahnya sukar untuk menahan diri drpd tidak berhutang..hehe
luckymistakeguy luckymistakeguy 11 Disember, 2014
Salah satu cara yang boleh selesaikan hutang adelah melalui cara pelaburan. Pelaburan jangka pendek yang merangkumi pulangan modal sekali ganda atau lebih hanya dalam tempoh masa 5 tahun beserta dengan perlindungan takaful dan wasiat. 3 dalam 1. Ketahui lebih lanjut dengan pendekatan yang tidak mustahil. Saya perunding kewangan, sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Contact sy di 013-4730024. Saya sedia bantu anda.
Da Yana Da Yana 03 Mac, 2015
saya dh setel satu personal loan sy dengan simpan duit dividen asb dn bonus. bayar lump sum. alhamdulillah.
keyra keyra 30 September, 2015
Assalamualaikum saya mempunyai masalah bebanan hutang sebanyak RM80,000.
Masing2 adalah hutang yang berlainan. Jumpah RM80k itu dicampur keseluruhan. Termasuk hutang pembiayaan bank dan pendidikan saya. Perkara berbangkit disini ialah, bagaimana saya ingin menguruskan kewangan saya dan dimanakah perlu saya mendapatkan duit sebanyak itu?
Saya juga risau jika nama saya disenarai hitamkan & sukar saya untuk membeli rumah atau kereta. Ada tak insetif atau cara lain yang boleh diselesaikan dalam masa 4-5 tahun dari sekarang?

Tolong saya balas ke emel ini famiekierafust@yahoo.com
Terima kasih atas jasa balas cik/encik
Siti Norziah Syed Ghazali syed ghazali Siti Norziah Syed Ghazali syed ghazali 26 Mei, 2016
askm saya amat sgt ingin bantuan umtuk selesaikan akpk byran sebulan 1050 hubungi saya 0124444897